Connect with us

Antarabangsa

Google padankan derma pekerjanya kepada badan amal sokong askar Israel, penempatan haram

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Google telah memadankan derma yang dibuat pekerjanya di seluruh dunia kepada badan amal pro-Israel di AS, termasuk badan menyokong tentera Israel di Gaza, dan kumpulan zionis Kristian yang membantu rejim Israel “menuntut semula” Tebing Barat.
  • Halaman web dalaman bocor yang dilihat MEE menunjukkan Google telah membantu memudahkan sumbangan kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan, Friends of the Israeli Defence Forces (FIDF) dan HaYovel, sebuah organisasi menghantar sukarelawan untuk bekerja di ladang di penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
  • Gergasi teknologi itu membenarkan pekerjanya menderma peratusan gaji mereka kepada badan pilihan mereka melalui platform pemberian korporat, Benevity yang berpangkalan di Kanada.
  • Google kemudiannya memadankan jumlah derma itu.

Google telah memadankan derma yang dibuat pekerjanya di seluruh dunia kepada badan amal pro-Israel di Amerika Syarikat (AS), termasuk badan menyokong tentera Israel di Gaza, dan kumpulan zionis Kristian yang membantu rejim Israel “menuntut semula” Tebing Barat.

Halaman web dalaman bocor yang dilihat Middle East Eye (MEE) menunjukkan Google telah membantu memudahkan sumbangan kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan, Friends of the Israeli Defence Forces (FIDF) dan HaYovel, sebuah organisasi menghantar sukarelawan untuk bekerja di ladang di penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Gergasi teknologi itu membenarkan pekerjanya menderma peratusan gaji mereka kepada badan pilihan mereka melalui platform pemberian korporat, Benevity yang berpangkalan di Kanada.

Google kemudiannya memadankan jumlah derma itu.

FIDF, berpangkalan di New York City, ialah badan amal bukan untung berdaftar yang menyokong askar dan veteran Israel.

Badan itu antara lain membiayai program untuk askar tempur Israel yang bertujuan mengurangkan tekanan kewangan, ketidakamanan ekonomi atau gangguan bagi membolehkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada misi.

FIDF mendakwa telah mengumpul sekurang-kurangnya $34.5 juta sebagai sokongan untuk tentera rejim Israel sejak perang ke atas Gaza bermula.

HaYovel, pertubuhan zionis Kristian yang berpangkalan di Missouri, berkata matlamatnya untuk membantu meneruskan “tradisi kenabian” wilayah yang mana “kebanyakannya salah merujuk sebagai Tebing Barat”.

Pertubuhan itu merekrut sukarelawan mengusahakan ladang di penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki yang dirujuk sebagai “Judea dan Samaria”.

Ia juga menyediakan latihan membantu peserta “membawa pulang alat yang diperlukan untuk menjadi duta bagi Israel”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *