Antarabangsa
Embargo senjata, hentikan perdagangan dan asingkan Israel – Erdogan
- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menggesa mengenakan sekatan senjata ke atas Israel, menamatkan perdagangan dan mengasingkan negara itu di peringkat antarabangsa.
- Bercakap pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) di Kaherah pada Khamis, Erdogan menyifatkan gesaan itu sebagai langkah penting untuk meminta Israel bertanggungjawab atas tindakannya di rantau itu.
- “Kami melihat langkah Israel yang mengabaikan integriti wilayah Syria, termasuk perluasan penempatan haram di Bukit Golan,” kata Erdogan dipetik TRT World.
- “Saya percaya D8 mesti bertindak balas dengan lebih kuat terhadap pelanggaran undang-undang yang mengancam kestabilan Syria dan rantau kita,” kata Erdogan.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menggesa mengenakan sekatan senjata ke atas Israel, menamatkan perdagangan dan mengasingkan negara itu di peringkat antarabangsa.
Bercakap pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) di Kaherah pada Khamis, Erdogan menyifatkan gesaan itu sebagai langkah penting untuk meminta Israel bertanggungjawab atas tindakannya di rantau itu.
“Kami melihat langkah Israel yang mengabaikan integriti wilayah Syria, termasuk perluasan penempatan haram di Bukit Golan,” kata Erdogan dipetik TRT World.
Presiden Turkiye itu juga menggesa tindak balas yang lebih terkoordinasi daripada negara-negara Islam, terutamanya anggota D8.
“Sebagai negara Islam, kita mesti memimpin langkah yang boleh diambil terhadap Israel,” kata Erdogan.
Presiden Turkiye itu menekankan pendirian bersatu itu penting untuk kestabilan serantau dan mengejar keamanan di Timur Tengah.
“Saya percaya D8 mesti bertindak balas dengan lebih kuat terhadap pelanggaran undang-undang yang mengancam kestabilan Syria dan rantau kita,” kata Erdogan. – The Merdeka Times