Connect with us

Terkini

Concerned Lawyers for Justice lancar petisyen bantah Kampung Cina sebagai tapak warisan dunia

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Keratan artikel berkaitan pencalonan kampung baru cina sebagai tapak warisan dunia
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Concerned Lawyers for Justice (CLJ) melancarkan petisyen membantah kampung Cina diangkat sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
  • Antara Kampung Baru Cina dikenal pasti oleh Majlis Antarabangsa untuk Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) untuk dicalonkan sebagai tapak warisan dunia bawah UNESCO adalah Kampung Baru Berapit; Kampung Baru Sg. Jarom; Kampung Baru Cha’ah; Kampung Baru Pandamaran; Kampung Baru Papan; Kampung Baru Sekinchan; Kampung Baru Sg. Way; Kampung Baru Rasah dan Kampung Baru Titi.
  • Petisyen itu dikongsikan pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin, baru-baru ini, tanpa menyatakan lebih lanjut tarikh petisyen tersebut bermula atau jumlah sasaran tanda tangan yang mereka inginkan. Rafizah turut berkongsikan pautan petisyen bantahan berkenaan di hantaran Facebook beliau.
  • Menurut hantaran Facebook Rafizah, pencalonan Kg. Papan sebagai tapak warisan dunia UNESCO jelas merupakan satu usaha untuk mengiktiraf kampung baru dan warisan kebudayaan orang-orang Cina yang asalnya dibawa masuk oleh British dan Raja Billah sebagai pekerja lombong bijih timah di Perak.

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Concerned Lawyers for Justice (CLJ) melancarkan petisyen membantah kampung Cina diangkat sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Antara Kampung Baru Cina dikenal pasti oleh Majlis Antarabangsa untuk Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) untuk dicalonkan sebagai tapak warisan dunia bawah UNESCO adalah Kampung Baru Berapit; Kampung Baru Sg. Jarom; Kampung Baru Cha’ah; Kampung Baru Pandamaran; Kampung Baru Papan; Kampung Baru Sekinchan; Kampung Baru Sg. Way; Kampung Baru Rasah dan Kampung Baru Titi.

Foto: Tangkap layar petisyen Bantah Kampung Cina Sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Concerned Lawyer of Justice

Petisyen itu dikongsikan pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin, baru-baru ini, tanpa menyatakan lebih lanjut tarikh petisyen tersebut bermula atau jumlah sasaran tanda tangan yang mereka inginkan.

Rafizah turut berkongsikan pautan petisyen bantahan berkenaan di hantaran Facebook beliau.

Menurut hantaran Facebook Rafizah, pencalonan Kg. Papan sebagai tapak warisan dunia UNESCO jelas merupakan satu usaha untuk mengiktiraf kampung baru dan warisan kebudayaan orang-orang Cina yang asalnya dibawa masuk oleh British dan Raja Billah sebagai pekerja lombong bijih timah di Perak.

CLJ dikatakan berpendapat bahawa kesemua usaha itu dibuat untuk menonjolkan kebudayaan pendatang Cina yang datang ke Tanah Melayu yang berpotensi menafikan Nilai Universal Sejagat (Outstanding Universal Value -OUV) warisan orang-orang Melayu, masyarakat Mandailing dan Orang-orang Asli di Kg. Papan seperti mana diperuntukkan dalam Artikel 1 UNESCO.

The Merdeka Times minggu lalu melaporkan, CLJ meminta penjelasan Jabatan Warisan Negara (JWN), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pencalonan Kampung Papan dan kampung baru cina sebagai tapak warisan dunia di bawah UNESCO.

Dalam kenyataan media yang diedarkan, CLJ menegaskan bahawa pencalonan sesuatu tapak warisan kepada UNESCO perlulah melalui Bahagian Warisan Dunia di bawah JWN yang diberi kuasa dan mandat di bawah Akta 645 dalam urusan pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu warisan.

Maka sebarang pencalonan mana-mana kawasan sebagai tapak warisan dunia UNESCO tanpa melalui penilaian dan garis panduan ditetapkan JWN adalah sama sekali bertentangan peruntukan Akta 645 dan Peraturan-Peraturan serta Garis Panduan di bawahnya.

Reaksi CLJ merujuk kepada tindakan Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Antarabangsa untuk Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) Malaysia, Dr Goh Ai Tee yang dilihat sebagai menyambut baik usaha Menteri KPKT, Nga Kor Ming yang ingin mencalonkan tujuh buah kampung baru cina, termasuk Kg. Papan, sebagai tapak warisan dunia di bawah UNESCO menerusi kajian dan dokumentasi dilakukan terhadap pekan Papan sejak tiga tahun lalu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *