Connect with us

Hartanah

Sejauh mana tujuh kampung baru cina yang dicalonkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO tepati syarat “authenticity” dan “integrity”? – Concerned Lawyers for Justice

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Keratan Kenyataan Media oleh Concerned Lawyers for Justice (CLJ)
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Concerned Lawyers for Justice (CLJ) minta penjelasan Jabatan Warisan Negara (JWN), pihak berkuasa tempatan (PBT) & Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pencalonan Kampung Papan dan kampung baru cina sebagai tapak warisan dunia di bawah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
  • CLJ juga menafikan dakwaan bahawa tujuh buah kampung baru cina itu dipilih sendiri oleh Jabatan Warisan.
  • “Sebarang pemuliharaan kawasan warisan ini perlulah dibuat menurut Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan yang dikeluarkan oleh JWN.“Adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 113 Akta Warisan Kebangsaan 2005, mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan,mencacatkan, melupuskan atau mengubah sesuatu warisan kebudayaan ketara, tanpa suatu permit yang dikeluarkan oleh Pesurujaya yang boleh disabitkan dengan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau kedua-duanya,” tegas CLJ.

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Concerned Lawyers for Justice (CLJ) minta penjelasan Jabatan Warisan Negara (JWN), pihak berkuasa tempatan (PBT) & Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pencalonan Kampung Papan dan kampung baru cina sebagai tapak warisan dunia di bawah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Dalam kenyataan media yang diedarkan, CLJ menegaskan bahawa pencalonan sesuatu tapak warisan kepada UNESCO perlulah melalui Bahagian Warisan Dunia dibawah JWN yang diberi kuasa dan mandat dibawah Akta 645 dalam urusan pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu warisan.

Maka sebarang pencalonan mana-mana kawasan sebagai tapak warisan dunia UNESCO tanpa melalui penilaian dan garis panduan yang ditetapkan oleh JWN adalah sama sekali bertentangan dengan peruntukan Akta 645 dan Peraturan-Peraturan serta Garis Panduan dibawahnya.

Reaksi CLJ merujuk kepada tindakan Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Antarabangsa untuk Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) Malaysia Dr Goh Ai Tee yang dilihat sebagai menyambut baik usaha Menteri KPKT, Ngar Kor Ming yang ingin mencalonkan tujuh buah kg. baru cina termasuk Kg. Papan sebagai tapak warisan dunia bawah UNESCO menerusi kajian dan dokumentasi yang dilakukan terhadap pekan Papan sejak tiga tahun lalu.

CLJ yang telah membuat tinjauan di kawasan Kampung Papan mendapati beberapa bangunan lama telah dijadikan sebagai tempat mempamerkan maklumat dan sejarah orang-orang cina dan kampung baru mereka iaitu Pusat Informasi Pelancongan Papan, Galeri Sejarah Kg. Baru Malaysia dan Galeri Warisan Papan.

Menurut CLJ, beberapa paparan maklumat dalam galeri tersebut juga telah dibuat sepenuhnya dalam bahasa Cina dengan tulisan Cina diletakkan lebih besar daripada bahasa Melayu dihadapan pintu masuk galeri dan pusat informasi ini.

“CLJ berpendapat bahawa kesemua usaha ini dibuat untuk menonjolkan kebudayaan pendatang Cina yang datang ke Tanah Melayu yang berpotensi menafikan Nilai Universal Sejagat (Outstanding Universal Value -OUV) warisan orang-orang Melayu, masyarakat Mandailing dan orang-orang asli di Kg. Papan seperti mana yang diperuntukkan dalam Artikel 1 UNESCO,” tegas CLJ.

CLJ juga menafikan dakwaan bahawa tujuh buah kampung baru cina itu dipilih sendiri oleh Jabatan Warisan.

“Menurut carian kami di laman web JWN, belum ada apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak JWN berkenaan pencalonan apa-apa kampung baru cina kepada pihak UNESCO.

“Setakat carian yang dilakukan di laman web JWN, pengiktirafan tapak warisan hanya diberikan kepada Istana Raja Billah melalui No. Warta: P.U.(B) 90 bertarikh 29.03.2012.

“Tiada pengiktirafan diberikan terhadap mana-mana warisan yang mengangkat kebudayaan orang-orang cina dan kampung mereka itu di Kampung Papan oleh JWN,” kata kenyataan CLJ.

CLJ juga mendapati bahawa ICOMOS Malaysia melalui New Village Working Group telah mengeluarkan laporan penuh yang mengandungi maklumat terperinci tentang kampung-kampung cina seluruh negara.

Tambah CLJ, tujuan ICOMOS New Village Working Group ini adalah jelas untuk melakukan kajian tentang potensi kampung-kampung baru cina itu diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan dan Calon untuk Senarai Warisan Dunia UNESCO.

“Tindakan ICOMOS ini sama sekali bertentangan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berasaskan kepada tiga prinsip utama yang dibentuk semasa Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

“CLJ menegaskan bahawa JWN adalah agensi berautoriti untuk menetapkan sesuatu kawasan sebagai Tapak Warisan dibawah Seksyen 24 atau mengisytiharkan sesuatu tapak sebagai Tapak Warisan Kebangsaan dibawah Seksyen 67 (1) yang perlu diwartakan dibawah Senarai Daftar Warisan Kebangsaan yang diperuntukkan bawah Seksyen 23(1) Akta 645 tersebut.

“Sebarang pemuliharaan kawasan warisan ini perlulah dibuat menurut Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan yang dikeluarkan oleh JWN.

“Adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 113 Akta Warisan Kebangsaan 2005, mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan,mencacatkan, melupuskan atau mengubah sesuatu warisan kebudayaan ketara, tanpa suatu permit yang dikeluarkan oleh Pesurujaya yang boleh disabitkan dengan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau kedua-duanya,” tegas CLJ.

CLJ turut mempersoalkan sama ada pencalonan Kampung Papan dan mana-mana kampung baru cina ini memenuhi syarat “authenticity” dan “integrity” itu apabila fakta-fakta berkaitan perlu diambil kira bagi menolak mana-mana pencalonan kampung baru cina di bawah UNESCO.

Justeru CLJ  memohon campur tangan MKN yang ditubuhkan bersandarkan Arahan MKN No. 1 dan Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang bertujuan untuk bertanggungjawab tentang hal-hal keselamatan negara terutama yang melibatkan ancaman komunis dan perselisihan kaum untuk memantau perkembangan dokumentasi dan pelobian kampung-kampung baru cina yang dibuat oleh ICOMOS dan KPKT ini dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya atas pertimbangan keselamatan nasional.

“Berdasarkan alasan, hujah dan pendapat undang-undang diatas, dengan ini, CLJ sekali lagi menegaskan supaya Agensi Kerajaan yang berautoriti iaitu Jabatan Warisan Negara, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Keselamatan Negara serta pelbagai badan kerajaan terlibat untuk tampil dan memberi penjelasan dan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang dan dasar serta polisi sedia ada berkenaan dokumentasi, laporan ICOMOS dan pihak-pihak lain yang terlibat untuk mengangkat kampung-kampung baru Cina ini yang dibantu melalui Unit Kampung Baru Cina dibawah KPKT sebagai Warisan Kebangsaan dan Warisan Dunia bawah UNESCO,” tulis CLJ mengakhiri kenyataan media tersebut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *