Connect with us

Antarabangsa

Saya dilayan bukan sebagai wartawan tetapi sebagai musuh Israel – Wartawan AS

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Wartawan Amerika Syarikat (AS), Jeremy Loffredo
  • Seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) yang ditahan polis Israel di Tebing Barat di wilayah Palestin yang diduduki pada bulan lalu berkata dia dilayan bukan sebagai wartawan tetapi sebagai musuh semasa di bawah tahanan rejim zionis.
  • Berkongsi pengalaman pahit ditahan polis Israel dengan Press TV, Jeremy Loffredo, yang juga wartawan penyiasat dengan laman web Grayzone, berkata dia turut diletakkan dalam kurungan bersendirian selama hampir empat hari.
  • Loffredo ditahan sewenang-wenangnya beberapa hari selepas liputan video “breaking news” beliau yang mendedahkan kerosakan besar pada pangkalan tentera Israel berhampiran Tel Aviv selepas dihentam peluru berpandu balistik Iran.
  • Selepas beberapa hari dalam kurungan bersendirian, wartawan penyiasatan itu secara tidak rasminya dihantar pulang ke AS.
  • Tuduhan terhadap Loffredo adalah termasuk “memberi maklumat kepada musuh semasa perang”, yang jika disabit kesalahan, boleh membawa “hukuman penjara minimum 25 tahun dan hukuman mati”.

Seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) yang ditahan polis Israel di Tebing Barat di wilayah Palestin yang diduduki pada bulan lalu berkata dia dilayan bukan sebagai wartawan tetapi sebagai musuh semasa di bawah tahanan rejim zionis.

Berkongsi pengalaman pahit ditahan polis Israel dengan Press TV, Jeremy Loffredo, yang juga wartawan penyiasat dengan laman web Grayzone, berkata dia turut diletakkan dalam kurungan bersendirian selama hampir empat hari.

Loffredo ditahan sewenang-wenangnya beberapa hari selepas liputan video “breaking news” beliau yang mendedahkan kerosakan besar pada pangkalan tentera Israel berhampiran Tel Aviv selepas dihentam peluru berpandu balistik Iran.

Selepas beberapa hari dalam kurungan bersendirian, wartawan penyiasatan itu secara tidak rasminya dihantar pulang ke AS.

Tuduhan terhadap Loffredo adalah termasuk “memberi maklumat kepada musuh semasa perang”, yang jika disabit kesalahan, boleh membawa “hukuman penjara minimum 25 tahun dan hukuman mati”.

Tuduhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap seorang wartawan Amerika itu mencetuskan bantahan meluas.

“Dalam tahanan polis, saya tidak dilayan sebagai wartawan, tetapi sebagai musuh negara – suatu perbezaan, yang bagi Israel, nampaknya tidak relevan. Saya telah ditahan dalam kurungan bersendirian selama hampir empat hari, tidak mendapat makanan dan air yang mencukupi, dan tidak mempunyai masa,” kata wartawan itu.

Loffredo bukanlah wartawan pertama atau satu-satunya yang melaporkan operasi ketenteraan Iran pada 1 Oktober lalu, tetapi laporan videonya mengenai kerosakan peluru berpandu itu menarik perhatian, di mana butiran serangan dan kerosakan ditimbulkannya tidak dilaporkan dalam media Israel atau arus perdana Barat.

Dalam temubual dengan Press TV, beliau mendakwa wartawan penyiasat Israel mengutamakan kesetiaan kepada tentera berbanding tanggungjawab mereka untuk memaklumkan kepada orang ramai.

“Sebarang berita menggambarkan Israel sebagai terdedah, ia sering dikekang atau diperkecilkan dalam media arus perdana,” katanya.

Loffredo masih “tidak jelas” mengapa pihak berkuasa Israel menyasarkannya secara khusus, tetapi menyatakan perkhidmatan perisikan mereka mendakwa laporannya untuk Greyzone itu, termasuk butiran lebih tepat mengenai lokasi kesan peluru berpandu berbanding apa yang dilaporkan media lain. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *