Connect with us

Antarabangsa

Peguam Muslim ditetak mati pelampau Hindutva di Bangladesh

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Seorang peguam Muslim, Saiful Islam Alif ditetak hingga mati oleh pelampau Hindutva dari ISKCON (International Society for Krishna Consciousness) di premis Mahkamah Chattogram di Bangladesh pada Selasa.
  • Seorang peguam Muslim, Saiful Islam Alif ditetak hingga mati oleh pelampau Hindutva dari ISKCON (International Society for Krishna Consciousness) di premis Mahkamah Chattogram di Bangladesh pada Selasa.
  • Kumpulan pelampau Hindutva itu membuat huru-hara selepas mahkamah menolak rayuan jaminan ketua ISKCON, Chinmoy Krishna Das dalam kes hasutan, lapor instagram DOA Muslim.
  • United News of Bangladesh (UNB) melaporkan pegawai bertanggungjawab di Balai Polis Kotwali, Fazlul Qader berkata, peguambela Muslim itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Chittagong sekitar jam 3 petang.
  • Saksi berkata sekumpulan individu tidak dikenali membawa mangsa ke Jangal Cinema Lane berhampiran di tingkat bawah mahkamah, membelasah dan kemudian menetaknya hingga mati.

Seorang peguam Muslim, Saiful Islam Alif ditetak hingga mati oleh pelampau Hindutva dari ISKCON (International Society for Krishna Consciousness) di premis Mahkamah Chattogram di Bangladesh pada Selasa.

Kumpulan pelampau Hindutva itu membuat huru-hara selepas mahkamah menolak rayuan jaminan ketua ISKCON, Chinmoy Krishna Das dalam kes hasutan, lapor instagram DOA Muslim.

United News of Bangladesh (UNB) melaporkan pegawai bertanggungjawab di Balai Polis Kotwali, Fazlul Qader berkata, peguambela Muslim itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Chittagong sekitar jam 3 petang.

Saksi berkata sekumpulan individu tidak dikenali membawa mangsa ke Jangal Cinema Lane berhampiran di tingkat bawah mahkamah, membelasah dan kemudian menetaknya hingga mati.

Keadaan huru-hara bermula apabila ribuan pengikut Chinmoy berkumpul di perkarangan mahkamah dan menghalang van penjara yang membawanya, menuntut dia dibebaskan segera sekitar jam 12 malam.

Menurut saksi dipetik UNB, selepas hampir tiga jam menemui jalan buntu, polis dilaporkan melontarkan gas pemedih mata, melepaskan bom tangan bunyi dan menggunakan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Chinmoy, yang juga jurucakap Bangladesh Sanatan Jagaran Mancha, pada awalnya dihadapkan di Mahkamah Majistret Metropolitan Keenam Chattogram.

Mahkamah menghantar Chinmoy ke penjara dan menetapkan pagi Rabu untuk perbicaraan jaminannya semula.

Saksi berkata ratusan penyokong tertuduh berkumpul di luar mahkamah pada tengah hari untuk menghalang van penjara itu keluar.

Chinmoy Krishna sebelum ini ditangkap di kawasan Lapangan Terbang Dhaka pada petang Isnin oleh polis Cawangan Detektif (DB) berhubung kes hasutan difailkan di Balai Polis Kotwali di Chattogram.

Kes itu difailkan pemimpin BNP tempatan Firoz Khan yang kemudiannya dipecat daripada parti. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *