Connect with us

Terkini

Banyak syarikat media tidak benarkan pekerja sertai kesatuan – NUJM

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), Farah Marshita Abdul Patah
  • Masih banyak organisasi dan syarikat media yang tidak membenarkan kakitangan mereka untuk menyertai kesatuan dan larangan itu diletakkan di dalam kontrak perkhidmatan.
  • Itu antara penekanan disuarakan Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), Farah Marshita Abdul Patah ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Jubli Intan NUJM di sini, malam tadi.
  • Menurut Farah,  dahulu Utusan dan Kosmo antara ahli NUJM, namun kini nama mereka hanya tinggal kenangan walaupun kedua-dua media bahasa Melayu itu sudah diwujudkan kembali.

KUALA LUMPUR — Masih banyak organisasi dan syarikat media yang tidak membenarkan kakitangan mereka untuk menyertai kesatuan dan larangan itu diletakkan di dalam kontrak perkhidmatan.

Itu antara penekanan disuarakan Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), Farah Marshita Abdul Patah ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Jubli Intan NUJM di sini, malam tadi.

Menurut Farah,  dahulu Utusan dan Kosmo antara ahli NUJM, namun kini nama mereka hanya tinggal kenangan walaupun kedua-dua media bahasa Melayu itu sudah diwujudkan kembali.

Farah berkata penubuhan kesatuan memang memerlukan keberanian dan tekad tinggi kerana proses menubuhkan kesatuan sering kali didepani pelbagai cabaran dan halangan.

“Acap kali apabila isu kebebasan media dibangkitkan, keutamaan akan sentiasa diberikan kepada isu meminda atau memansuhkan undang-undang yang mengekang kebebasan media. 

“Namun buat NUJM, kebebasan media yang sebenar adalah “keterjaminan pekerjaan” atau job security.

“Tanpa jaminan pekerjaan, komited mana pun wartawan itu, pastinya mereka akan goyah apabila diugut dengan kehilangan pekerjaan. Dan sejak 60 tahun lalu, itulah tugas hakiki NUJM,” kata Farah.

Majlis NUJM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, disertai lebih 300 pengamal media tempatan.

Fadillah turut mengumumkan peruntukan RM150,000 kepada NUJM bagi membantu kesatuan itu memperkukuhkan peranan dalam menjaga kebajikan wartawan dan pekerja media di Malaysia.— The Merdeka Times



Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *