Connect with us

Terkini

Sisa vape ancaman terbaharu kepada pantai – Aktivis

Bahan buangan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste), termasuk peranti dan aksesori vape menjadi ancaman terbaharu kepada pantai di daerah ini apabila sisa itu semakin banyak ditemukan setiap kali program pembersihan pantai dilakukan kebelakangan ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Aktivis alam sekitar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Bangsa Prihatin Negeri Sembilan, Noor Fadzli Shah berkata dianggarkan dua ke empat sisa vape pakai buang ditemukan setiap kali program pembersihan pantai dilakukan dengan lebih 40 sisa itu dikutip setahun yang dilihat agak membimbangkan.
  • Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan alam sekitar tetapi mengancam hidupan laut selain memberikan kesan terhadap kesihatan manusia sekiranya tidak dibendung segera.
  • “Vape ialah kategori atau trend baharu sekarang (sampah), setiap sampah yang kita kutip direkodkan jenis, berat dan sebagainya dari tahun ke tahun memang nampak perbezaan menunjukkan peningkatan termasuk sisa vape ini.
  • “Sisa-waste (vape) di darat pun kita kena lupuskan secara khusus begitu juga di lautan, tak boleh buang sewenang-wenangnya kerana dalam vape terdapat bahan seperti bateri yang perlu dilupuskan secara berbeza. Logam berat akan mencemarkan habitat hidupan laut yang tidak bergerak seperti kupang,” katanya kepada pemberita.

PORT DICKSON — Bahan buangan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste), termasuk peranti dan aksesori vape menjadi ancaman terbaharu kepada pantai di daerah ini apabila sisa itu semakin banyak ditemukan setiap kali program pembersihan pantai dilakukan kebelakangan ini.

Aktivis alam sekitar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Bangsa Prihatin Negeri Sembilan Noor Fadzli Shah berkata dianggarkan dua ke empat sisa vape pakai buang ditemukan setiap kali program dengan lebih 40 sisa itu dikutip setahun yang dilihat agak membimbangkan.

Beliau berkata keadaan itu bukan sahaja menjejaskan alam sekitar tetapi mengancam hidupan laut selain memberikan kesan terhadap kesihatan manusia sekiranya tidak dibendung segera.

“Vape ialah kategori atau trend baharu sekarang (sampah), setiap sampah yang kita kutip direkodkan jenis, berat dan sebagainya dari tahun ke tahun memang nampak perbezaan menunjukkan peningkatan termasuk sisa vape ini.

“Sisa -waste (vape) di darat pun kita kena lupuskan secara khusus begitu juga di lautan, tak boleh buang sewenang-wenangnya kerana dalam vape terdapat bahan seperti bateri yang perlu dilupuskan secara berbeza. Logam berat akan mencemarkan habitat hidupan laut yang tidak bergerak seperti kupang,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian pada program pembersihan pantai dan penanaman bakau selama dua hari hingga Ahad yang disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan universiti awam membabitkan lebih 200 peserta bersempena International Coastal Clean Up dan World Clean Up Day di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata plastik pula penyumbang terbesar bahan buangan di pantai dengan peningkatan hampir 50 peratus berbanding beberapa tahun lepas diikuti sisa makanan, kaca dan lain-lain buangan.

Noor Fadzli berkata lebih 300 kilogram sampah dikutip dalam tempoh dua jam dalam setiap program yang diadakan, termasuk plastik minuman, beg plastik, botol kaca, puntung rokok, tali pancing, jala, serpihan styrofoam dan lampin pakai buang.

“Tak kira botol, penutup botol, plastik sekali guna, ia sangat di luar kawalan, kita memang memerlukan aktiviti perniagaan untuk rancakkan ekonomi setempat tetapi pada masa sama pemantauan lebih kerap perlu dilakukan untuk membendung masalah pembuangan sampah oleh orang ramai,” katanya

Mengenai program hari ini (Sabtu), beliau berkata ia bertujuan memupuk kesedaran orang ramai supaya terus menjaga kebersihan kawasan pantai dan memelihara keindahan alam sekitar berikutan pantai Port Dickson sentiasa menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Beliau turut berharap aktiviti alam sekitar seumpama itu turut dimasukkan dalam kalendar acara pelancongan Negeri Sembilan.

Sementara itu, pekerja syarikat konsensi sisa pepejal dan pembersihan awam Hamrin Berlian, 53, turut mengakui sisa vape antara kerap ditemukan apabila melakukan kerja pembersihan di kawasan pantai terutama di kawasan batu dan dalam air. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending