Antarabangsa
Parlimen Georgia lulus undang-undang sekat hak LGBT
Ahli Parlimen Georgia pada Selasa lalu meluluskan bacaan ketiga dan terakhir bagi undang-undang “nilai kekeluargaan dan perlindungan kanak-kanak bawah umur” yang akan mengenakan sekatan meluas terhadap hak LGBT.
- Ahli Parlimen Georgia pada Selasa lalu meluluskan bacaan ketiga dan terakhir bagi undang-undang “nilai kekeluargaan dan perlindungan kanak-kanak bawah umur” yang akan mengenakan sekatan meluas terhadap hak LGBT.
- NBC News melaporkan rang undang-undang (RUU) itu akan memberikan asas undang-undang kepada pihak berkuasa untuk mengharamkan acara Pride dan paparan awam bendera pelangi LGBT serta mengenakan penapisan terhadap buku dan filem.
- Pemimpin parti pemerintah Georgian Dream berkata undang-undang itu diperlukan bagi melindungi standard moral tradisional di Georgia.
- Pengaruh besar Gereja Ortodoks Georgia dilaporkan turut memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang itu.
Ahli Parlimen Georgia pada Selasa lalu meluluskan bacaan ketiga dan terakhir bagi undang-undang “nilai kekeluargaan dan perlindungan kanak-kanak bawah umur” yang akan mengenakan sekatan meluas terhadap hak LGBT.
NBC News melaporkan rang undang-undang (RUU) itu akan memberikan asas undang-undang kepada pihak berkuasa untuk mengharamkan acara Pride dan paparan awam bendera pelangi LGBT serta mengenakan penapisan terhadap buku dan filem.
Pemimpin parti pemerintah Georgian Dream berkata undang-undang itu diperlukan bagi melindungi standard moral tradisional di Georgia.
Pengaruh besar Gereja Ortodoks Georgia dilaporkan turut memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang itu.
Aktivis mendakwa langkah itu bertujuan meningkatkan sokongan konservatif kepada kerajaan menjelang pilihan raya parlimen pada 26 Oktober di Georgia, sebuah negara yang bercita-cita menyertai Kesatuan Eropah (EU) tetapi kini dibimbangi kerajaan Barat kerana dilihat semakin condong ke arah Rusia.
Pengarah kumpulan kempen Tbilisi Pride, Tamara Jakeli berkata RUU yang turut mengulangi larangan sedia ada terhadap perkahwinan sejenis dan pembedahan penggantian jantina berkemungkinan besar memaksa organisasinya menghentikan operasi. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina