Terkini
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
Isu membabitkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), namun tiada tindakan diambil, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
- Isu membabitkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak, termasuk JAKIM, namun tiada tindakan diambil, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA).
- Pihak membuat kajian tentang kes ini telah berusaha bertahun-tahun lamanya bertemu dengan beberapa pihak bertanggungjawab, termasuk membentangkan kajian didapati, namun tiada tindakan diambil ke atasnya.
- Isu itu tidak diangkat mungkin disebabkan beberapa perkara, termasuk sebahagian pihak enggan mengambil risiko.
- “Sebahagiannya dikatakan kerana ada campur tangan pihak yang tinggi terutama dalam penguatkuasaan atau keselamatan kemudian mereka (kumpulan pengkaji GISBH) telah mengambil langkah dengan membawa kes ini untuk dibentangkan kepada negeri Perlis, kepada jawatankuasa fatwa Perlis,” katanya menerusi klip video ‘Dr MAZA VS GISB’ yang dimuat naik di Facebook di sini pada Khamis.
- Beliau menjawab beberapa soalan daripada wartawan semalam yang antara bertanya bagaimana Perlis memulakan isu ini sehingga menjadi isu di peringkat negara dan berapa lama tempoh kajian telah dibuat sehinggakan pihak beliau berani membangkitkan isu berkenaan.
KUALA LUMPUR — Isu membabitkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), namun tiada tindakan diambil, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata pihak membuat kajian tentang kes ini telah berusaha bertahun-tahun lamanya bertemu dengan beberapa pihak bertanggungjawab, termasuk membentangkan kajian didapati, namun tiada tindakan diambil ke atasnya.
Beliau berkata isu itu tidak diangkat mungkin disebabkan beberapa perkara, termasuk sebahagian pihak enggan mengambil risiko selain mungkin ada campur tangan pihak yang tinggi, terutama dalam penguatkuasaan atau keselamatan.
“Sebahagian juga mungkin melihat tidak begitu besar kerana mungkin sebahagian daripada kepercayaan kumpulan (GISBH) ini ada juga kepada mereka dan mungkin juga sebab musabab lain.
“Sebahagiannya dikatakan kerana ada campur tangan pihak yang tinggi terutama dalam penguatkuasaan atau keselamatan kemudian mereka (kumpulan pengkaji GISBH) telah mengambil langkah dengan membawa kes ini untuk dibentangkan kepada negeri Perlis, kepada jawatankuasa fatwa Perlis.
“Sebahagian ahli-ahli fatwa ketika mendengar pembentangan isu GISB ini daripada duduk di kerusi bangun berdiri kerana merasa begitu panas isu ini dan sebahagian mereka tengok saya dan menyatakan datuk mufti tanggungjawab kita untuk menentang hal ini, ini adalah prioriti kita dan kita mesti hapuskan kekarutan ini,” katanya menerusi klip video ‘Dr MAZA VS GISB’ yang dimuat naik di Facebook di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab beberapa soalan daripada wartawan semalam yang antara bertanya bagaimana Perlis memulakan isu ini sehingga menjadi isu di peringkat negara dan berapa lama tempoh kajian telah dibuat sehinggakan pihak beliau berani membangkitkan isu berkenaan.
Dr MAZA mendedahkan pihaknya telah menghantar surat kepada pemimpin utama dipercayai GISBH untuk hadir ke Perlis pada 20 hari bulan dan pemimpin utama syarikat berkenaan telah bersetuju untuk menghadirinya.
“Saya ingin menyebut beberapa hal yang sangat mustahak untuk kita tahu sebagai orang Islam dan untuk orang bukan Islam juga di dalam negara ini untuk faham bahawa apa yang berlaku (dilakukan GISBH) ini tidak ada kaitan dengan ajaran Islam.
“Saya sangat bimbang kerana ramai orang nanti akan sangka ini ke ajaran Islam, terutama non-muslim yang mungkin mereka tidak mendapat maklumat yang cukup tentang Islam,” katanya.
Ini susulan serbuan Ops Global kelmarin di 20 rumah amal yang dikaitkan dengan kumpulan perniagaan itu, di mana siasatan polis mendapati antara modus operandi dilakukan adalah penghuni dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.
Dalam Op Global itu, seramai 171 individu ditahan selepas polis menyerbu 20 rumah amal terbabit bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak dan agama.
Semalam, media melaporkan 171 suspek yang ditahan dalam serbuan di rumah amal terbabit direman tujuh hari dan kesemua 20 premis diserbu ditutup sementara.
GISBH bagaimanapun menafikan dakwaan syarikat itu terbabit dalam eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja, selain menolak tuduhan kanak-kanak di rumah amal mereka diliwat dan diajar meliwat. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord