Antarabangsa
Badan penyiaran Australia sahkan “Arahan Hannibal” Israel bunuh penduduk sendiri pada 7 Oktober
Siasatan Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan tentera Israel melaksanakan apa yang dipanggil sebagai “Arahan Hannibal” pada insiden 7 Oktober tahun lalu.
- Siasatan Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan tentera Israel melaksanakan apa yang dipanggil sebagai “Arahan Hannibal” pada insiden 7 Oktober tahun lalu.
- Arahan Hannibal adalah prosedur kontroversi ketenteraan Israel yang direka untuk menghalang penangkapan tenteranya, walaupun ia mengakibatkan kematian sesama mereka sendiri, lapor Palestine Chronicle.
- Siasatan Australia menyimpulkan protokol itu digunakan tentera Israel untuk menghalang Hamas daripada menangkap tenteranya yang membawa kepada kematian peneroka dan orang awam Israel.
- Julai lalu, akhbar Israel Haaretz mendedahkan tentera Israel mengarahkan pengaktifan Prosedur Hannibal, melibatkan tindakan pembunuhan kedua-dua pihak iaitu individu ditahan dan penculik mereka, semasa operasi ketenteraan dijalankan kumpulan pembebasan Palestin pada 7 Oktober.
- Siasatan akhbar itu mengesahkan tentera Israel mengeluarkan arahan memastikan tiada kenderaan dibenarkan pulang ke Gaza semasa serangan walaupun berisiko kepada penduduk zon bersebelahan Gaza itu.
Siasatan Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan tentera Israel melaksanakan apa yang dipanggil sebagai “Arahan Hannibal” pada insiden 7 Oktober tahun lalu.
Arahan Hannibal adalah prosedur kontroversi ketenteraan Israel yang direka untuk menghalang penangkapan tenteranya, walaupun ia mengakibatkan kematian sesama mereka sendiri, lapor Palestine Chronicle.
Siasatan Australia menyimpulkan bahawa protokol itu digunakan tentera Israel untuk menghalang Hamas daripada menangkap tenteranya yang membawa kepada kematian peneroka dan orang awam Israel.
Laporan yang diterbitkan di laman web ABC pada Jumaat lalu memaparkan keterangan daripada Omri Shifron yang terselamat daripada serangan kereta kebal Israel di sebuah rumah di penempatan Be’eri di kawasan bersebelahan Gaza.
ABC melaporkan tidak lama selepas 7 Oktober, “terdapat beberapa testimoni daripada orang awam dan anggota tentera Israel bahawa adanya tentera yang bertindak balas terhadap serangan Hamas bertindak membunuh rakyat mereka sendiri.”
Namun, laporan itu turut mengesahkan betapa “ramainya warga Israel dan penyokong Israel mengutuk sesiapa yang mencadangkan tindakan itu berlaku, sebelum lebih banyak testimoni dan laporan media Israel mengesahkan ia benar-benar berlaku”.
Julai lalu, akhbar Israel Haaretz mendedahkan tentera Israel mengarahkan pengaktifan Prosedur Hannibal, melibatkan tindakan pembunuhan kedua-dua pihak iaitu individu ditahan dan penculik mereka, semasa operasi ketenteraan dijalankan kumpulan pembebasan Palestin pada 7 Oktober.
Siasatan akhbar itu mengesahkan tentera Israel mengeluarkan arahan memastikan tiada kenderaan dibenarkan pulang ke Gaza semasa serangan walaupun berisiko kepada penduduk zon bersebelahan Gaza itu. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord