Connect with us

Antarabangsa

AS tidak beri sokongan risikan kepada Israel untuk operasi di Lubnan — Pentagon

Tentera Amerika Syarikat tidak memberikan sokongan perisikan kepada Israel untuk operasinya di Lubnan, kata Pentagon pada Rabu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Amerika Syarikat tidak memberikan sokongan perisikan kepada Israel untuk operasinya di Lubnan, kata Pentagon pada Rabu.
  • Jurucakap Pentagon, Sabrina Singh berkata tiada tanda-tanda serangan darat Israel ke Lubnan akan berlaku dalam masa terdekat, tetapi merujuk wartawan kepada Israel untuk bertanya soalan mengenai operasinya dan rancangan mereka.
  • Ditanya sama ada Amerika Syarikat menyokong operasi Israel di Lubnan termasuk sokongan risikan, Singh berkata: “Tidak. Tiada sokongan,” lapor Reuters dipetik U.S. News.
  • “Berhubung Lubnan, tentera AS tidak terlibat dalam operasi-operasi Israel,” kata Singh.
  • Tidak jelas sama ada kenyataan Singh itu merujuk kepada perkongsian maklumat risikan AS mengenai peluru berpandu Hizbullah yang mungkin menuju ke Israel.

Tentera Amerika Syarikat tidak memberikan sokongan perisikan kepada Israel untuk operasinya di Lubnan, kata Pentagon pada Rabu.

Jurucakap Pentagon, Sabrina Singh berkata tiada tanda-tanda serangan darat Israel ke Lubnan akan berlaku dalam masa terdekat, tetapi merujuk wartawan kepada Israel untuk bertanya soalan mengenai operasinya dan rancangan mereka.

Ditanya sama ada Amerika Syarikat menyokong operasi Israel di Lubnan termasuk sokongan risikan, Singh berkata: “Tidak. Tiada sokongan,” lapor Reuters dipetik U.S. News.

“Berhubung Lubnan, tentera AS tidak terlibat dalam operasi-operasi Israel,” kata Singh.

Tidak jelas sama ada kenyataan Singh itu merujuk kepada perkongsian maklumat risikan AS mengenai peluru berpandu Hizbullah yang mungkin menuju ke Israel.

Ketua tentera Israel pada Rabu memberitahu tenteranya bahawa serangan udara di Lubnan akan diteruskan untuk memusnahkan infrastruktur HIzbullah dan mempersiapkan jalan bagi kemungkinan berlakunya operasi darat pasukan Israel.

Singh berkata kerajaan Amerika Syarikat sedang membuat usaha diplomatik untuk mengurangkan ketegangan antara Israel dan Hizbullah.

Serangan udara Israel minggu ini menyasarkan pemimpin Hizbullah dan menyerang ratusan kawasan jauh di dalam Lubnan di mana ratusan ribu orang melarikan diri dari kawasan sempadan, manakala kumpulan itu melancarkan roket ke Israel. — The Merdeka Times

Author