Connect with us

Terkini

Mahkamah syariah kini bawah Undang-Undang Tubuh Kedah, apakah kesannya?

Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 untuk meletakkan mahkamah syariah di bawah undang-undang tubuh Negeri Kedah akan mengekang pelbagai pihak yang membandingkan asas penubuhan mahkamah syariah negeri‐negeri dengan penubuhan mahkamah sivil. 

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki.
  • Tindakan DUN Kedah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 untuk meletakkan mahkamah syariah di bawah undang-undang tubuh Negeri Kedah akan mengekang pelbagai pihak yang membandingkan asas penubuhan mahkamah syariah negeri‐negeri dengan penubuhan mahkamah sivil. 
  • Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata dengan wujudnya pindaan pada undang‐undang tubuh negeri itu, ia dapat mengangkat taraf dan kedudukan mahkamah syariah.
  • Ia sekali gus membuatkan mahkamah syariah akan dihargai dan dihormati selaku undang‐undang meliputi kaum majoriti rakyat negara ini, selain dapat mengekang cabaran‐cabaran berkenaan keabsahan undang‐undang syariah bagi semua negeri.
  • “PPMM berharap usaha mengukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah ini dapat dijadikan contoh oleh negeri‐negeri lain mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan undang‐undang Islam dapat diamalkan mengikut peruntukan perundangan yang diperuntukkan di bawah kuasa negeri,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
  • Persidangan DUN Kedah semalam dilaporkan meluluskan RUU Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 yang bertujuan memasukkan penubuhan mahkamah syariah.

KUALA LUMPUR — Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 untuk meletakkan mahkamah syariah di bawah undang-undang tubuh Negeri Kedah akan mengekang pelbagai pihak yang membandingkan asas penubuhan mahkamah syariah negeri‐negeri dengan penubuhan mahkamah sivil. 

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata dengan wujudnya pindaan pada undang‐undang tubuh negeri itu, ia dapat mengangkat taraf dan kedudukan mahkamah syariah.

Ia sekali gus membuatkan mahkamah syariah akan dihargai dan dihormati selaku undang‐undang meliputi kaum majoriti rakyat negara ini, selain dapat mengekang cabaran‐cabaran berkenaan keabsahan undang‐undang syariah bagi semua negeri.

“PPMM menyambut baik dan menyokong usaha yang konsisten tersebut dalam terus memperkasa kedudukan Mahkamah Syariah melalui pindaan kepada perundangan sedia ada.

“PPMM juga percaya usaha dan langkah ini adalah amat tepat dan sesuai pada masa ini dalam menjalankan usaha bagi negeri‐negeri di bawah naungan DYMM Sultan/Raja dalam terus memperkasakan taraf Mahkamah Syariah. 

“PPMM berharap usaha mengukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah ini dapat dijadikan contoh oleh negeri‐negeri lain mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan undang‐undang Islam dapat diamalkan mengikut peruntukan perundangan yang diperuntukkan di bawah kuasa negeri,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Persidangan DUN Kedah semalam dilaporkan meluluskan RUU Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 yang bertujuan memasukkan penubuhan mahkamah syariah.

RUU itu yang turut merangkumi berkenaan pengwujudan Mahkamah Utama Syariah dibentangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum dibahas dan diluluskan secara sebulat suara oleh Ahli Dewan.

Muhammad Sanusi ketika membentangkan RUU itu berkata pindaan tersebut selari dengan titah Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang sebelum ini mencadangkan langkah pemerkasaan mahkamah syariah dengan meletakkan mahkamah itu dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah.

“PPMM juga percaya terdapat ruang‐ruang lain yang dapat dikaji dan dilakukan pindaan‐pindaan enakmen/akta undang‐undang Islam negeri yang dapat meningkatkan haibah undang‐undang dan institusi Mahkamah Syariah negeri‐negeri, termasuk merealisasikan fungsi pindaan struktur lapisan Mahkamah Syariah sedia ada.

“PPMM juga merafak sembah dan menjunjung kasih kepada titah DYMM Sultan Kedah yang inginkan langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah dilakukan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah di dalam Undang‐Undang Tubuh Negeri Kedah. 

“PPMM menggesa kerajaan pusat dan kerajaan‐kerajaan negeri untuk terus bekerjasama dalam merealisasikan hasrat mendaulatkan syariah di tanah air yang tercinta ini,” kata Hisham.

Ketika ditanya The Merdeka Times berapakah jumlah negeri yang telah meletakkan penubuhan mahkamah syariah di bawah undang-undang tubuh negeri, Hisham memaklumkan ketika ini hanya ada dua negeri berbuat demikian iaitu Kedah dan Terengganu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending