Connect with us

Terkini

UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan institusi itu berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang selain mempunyai kedudukan kewangan yang tidak stabil.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Pengurusan UIAM ingin mengesahkan tiada sebarang pinjaman berbentuk hutang yang pernah diambil sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.
  • Menurut UAIM perkara itu dapat dibuktikan melalui hasil dapatan audit penyata kewangan oleh juruaudit bebas iaitu KPMG Malaysia yang memberi penarafan sijil bersih kepada universiti berkenaan untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2021.
  • Pada Rabu, Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 menyatakan kedudukan kewangan UIAM secara keseluruhannya kurang stabil kerana mencatatkan kurangan terkumpul RM17.06 juta setakat 31 Dis 2022.
  • UIAM memaklumkan kurangan terkumpul itu disebabkan peruntukan besar untuk pelan manfaat persaraan kakitangan yang akan bersara wajib, selaras kehendak Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS).

KUALA LUMPUR — Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan institusi itu berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang selain mempunyai kedudukan kewangan yang tidak stabil.

UIAM menerusi kenyataan pada Sabtu memaklumkan laporan media baru-baru ini mengenai perkara berkenaan adalah tidak tepat dan mengelirukan kerana sebagai universiti awam, ia tidak dibenarkan membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan untuk tujuan perbelanjaan operasi.

“Pengurusan UIAM ingin mengesahkan bahawa tiada sebarang pinjaman berbentuk hutang yang pernah diambil sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut UAIM perkara itu dapat dibuktikan melalui hasil dapatan audit penyata kewangan oleh juruaudit bebas iaitu KPMG Malaysia yang telah memberi penarafan sijil bersih kepada universiti berkenaan untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2021.

Pada Rabu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 menyatakan bahawa kedudukan kewangan UIAM secara keseluruhannya kurang stabil kerana mencatatkan kurangan terkumpul sebanyak RM17.06 juta setakat 31 Dis 2022.

UIAM memaklumkan kurangan terkumpul itu disebabkan peruntukan besar untuk pelan manfaat persaraan kakitangan yang akan bersara wajib, selaras dengan kehendak Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS).

“Pada tahun kewangan berakhir 2022, sejumlah RM308.59 juta direkodkan sebagai komitmen keseluruhan bagi pelan manfaat persaraan tersebut,” katanya.

Menurut UIAM pada awal pelaksanaan pembayaran ganjaran manfaat persaraan, pihak pengurusan berhasrat untuk tidak bergantung kepada geran khas kerajaan dan menggunakan sumber dalaman universiti bagi bayaran ganjaran perkhidmatan kakitangan bersara wajib.

Katanya sehingga tahun lepas, hampir RM100 juta telah dibayar kepada kakitangan UIAM yang bersara menggunakan sumber dalaman universiti berbeza dengan universiti awam lain yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pencen).

Berikutan peningkatan kadar inflasi, kenaikan gaji berperingkat sejak tahun 2012, serta pola umur kakitangan yang semakin meningkat (persaraan), komitmen bayaran tahunan institusi itu juga turut meningkat.

“Universiti membuat kajian dan mendapati sumber dalaman tidak lagi mencukupi untuk membiayai perbelanjaan ganjaran perkhidmatan kakitangan bersara wajib, maka pihak pengurusan telah mengemukakan kertas kerja kepada Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan tambahan tahunan,” menurut UAIM.

UIAM dijangka membelanjakan purata RM24 juta mulai tahun kewangan 2024 dan ia akan meningkat selaras pengumuman awal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha memperbaiki struktur gaji kakitangan awam yang baharu, pada penghujung tahun ini. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending