Terkini
NGO beroperasi tanpa kos pengurusan tidak praktikal
Cadangan segelintir pihak supaya badan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan 100 peratus hasil sumbangan kepada penerima tanpa mengambil sebarang caj atau khidmat sukarelawan perlu dilakukan secara percuma adalah tidak praktikal.
- Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pelbagai aspek harus diambil kira, termasuk kos pengangkutan penghantaran bantuan dan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
- “Memang budaya untuk FOC (free of charge) itu baik tapi pratikalnya tidak mungkin dapat kita lakukan secara itu.
- “Orang yang nak buat kerja sukarelawan ini dia harus mengukur badannya dia mampu atau tidak? Sukarelawan pun ada tanggungan rumah dia, isteri dia jadi kita tidak boleh simplistic mengatakan itu kamu sendirilah (tanggung) kalau begitu dia mungkin undur diri, sebab dia akan kata ‘saya tak mampu’, jadi (kita) perlu cari siapa pula yang mampu,” katanya di siaran langsung program ‘Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus’ bertajuk ‘NGO: Bantu atau Tipu?’ menerusi platform Sinar Harian pada Jumaat lalu.
- Beliau mengulas pertanyaan sama ada ia satu cadangan realistik sekiranya hasil sumbangan derma disalurkan 100 peratus kepada penerima misi bantuan tanpa NGO mengambil komisen dalam situasi ekonomi ketika ini.
- Mengulas isu sama, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata ada keperluan NGO mengambil komisen untuk kos pengurusan antara faktornya supaya pengurusan dapat dijalankan dengan profesional.
KUALA LUMPUR — Cadangan segelintir pihak supaya badan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan 100 peratus hasil sumbangan kepada penerima tanpa mengambil sebarang caj atau khidmat sukarelawan perlu dilakukan secara percuma adalah tidak praktikal.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pelbagai aspek harus diambil kira, termasuk kos pengangkutan penghantaran bantuan dan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
Mohd Azmi yang juga dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata sekiranya tiada langsung komisen diambil NGO, kemungkinan sukarelawan yang tidak mempunyai kerjaya akan berundur daripada terus berkhidmat kepada masyarakat.
“Memang budaya untuk FOC (free of charge) itu baik, tapi pratikalnya tidak mungkin dapat kita lakukan secara itu.
“Orang yang nak buat kerja sukarelawan ini dia harus mengukur badannya dia mampu atau tidak? Sukarelawan pun ada tanggungan rumah dia, isteri dia jadi kita tidak boleh simplistic mengatakan itu kamu sendirilah (tanggung) kalau begitu dia mungkin undur diri, sebab dia akan kata ‘saya tak mampu’, jadi (kita) perlu cari siapa pula yang mampu.
“Jadi saya rasa masyarakat juga harus bersifat realistik dan praktikal melihat keadaan apatah lagi pengacara (program) sebut tadi, kos hidup sudah tinggi dan keadaan tidak memungkinkan jadi pandangan saya biar kita praktikal lah dalam hal ini,” katanya dalam siaran langsung program ‘Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus’ bertajuk ‘NGO: Bantu atau Tipu?’ menerusi platform Sinar Harian pada Jumaat lalu.
Beliau mengulas pertanyaan sama ada ia satu cadangan realistik sekiranya hasil sumbangan derma disalurkan 100 peratus kepada penerima misi bantuan tanpa NGO mengambil komisen dalam situasi ekonomi ketika ini.
Ini kerana hampir majoriti masyarakat mahu NGO membudayakan sumbangan khidmat tenaga, kenderaan, utiliti, kepakaran, kreativiti dan sebagainya secara percuma.
Mengulas isu sama, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata ada keperluan NGO mengambil komisen untuk kos pengurusan antara faktornya supaya pengurusan dapat dijalankan dengan profesional.
Beliau berkata kegagalan mendapatkan pihak yang tepat untuk menguruskan perkara melibatkan seperti sistem, pangkalan data dan dana, akan menyebabkan pengurusan sesebuah NGO itu menjadi haru-biru.
“Perlu ada juga sebahagian portion untuk kita hadkan untuk pengurusan (NGO) supaya (pengurusan dapat dijalankan) dengan profesional.
“Untuk pangkalan data, kita perlukan server (pelayan/simpanan data) dan sebagainya so in order to be professional, of course kena ada a bit of investment dekat situ untuk kita manage the organization,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan pengambilan komisen hasil sumbangan derma masyarakat awam oleh NGO untuk kos pengurusan, pentadbiran, gaji pekerja, sewaan bangunan dan sebagainya adalah dibenarkan mengikut pandangan Islam, namun pengambilan itu adalah dengan kadar sewajarnya sahaja.
Menjelaskan perkara itu, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM, Profesor Madya Dr Azri Bhari berkata mengikut pandangan agama atau fatwa, pengambilan komisen sewajarnya bersandarkan kos pentadbiran dan pengurusan NGO yang sebenarnya sahaja, bukan mengikut peratusan. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/