Terkini
NGO boleh ambil komisen, kos pengurusan sekadarnya sahaja
Pengambilan komisen hasil sumbangan derma masyarakat awam oleh badan bukan kerajaan (NGO) untuk kos pengurusan, pentadbiran, gaji pekerja, sewaan bangunan dan sebagainya adalah dibenarkan mengikut pandangan Islam, namun pengambilan itu adalah dengan kadar sewajarnya sahaja.
- Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar ACIS UiTM, Profesor Madya Dr Azri Bhari berkata mengikut pandangan agama atau fatwa, pengambilan komisen sewajarnya bersandarkan kepada kos pentadbiran dan pengurusan NGO yang sebenarnya sahaja, bukan diambil mengikut peratusan.
- “… Janganlah ambil (komisen mengikut) pada persen, sudut pandang agama melihat (pengambilan komisen sewajarnya ikut) kos pentadbiran dan pengurusan sebenarnya sahaja, itu yang sewajarnya.
- “Maksud dia nilai balik kos pengurusan itu setakat mana jangan kita ambil dengan agak banyak atau terlalu terbesar di sini yang akan menyebabkan ‘grey area’ ataupun ketidakpastian dalam bentuk penggunaan (dana sumbangan),” katanya.
- Beliau menjawab pertanyaan sama ada dibenarkan pengambilan komisen hasil sumbangan derma masyarakat awam oleh NGO untuk kos pengurusan, pentadbiran, gaji pekerja, sewaan bangunan dan sebagainya jika mengikut sudut pandang Islam.
KUALA LUMPUR — Pengambilan komisen hasil sumbangan derma masyarakat awam oleh badan bukan kerajaan (NGO) untuk kos pengurusan, pentadbiran, gaji pekerja, sewaan bangunan dan sebagainya adalah dibenarkan mengikut pandangan Islam, namun pengambilan itu adalah dengan kadar sewajarnya sahaja.
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM, Profesor Madya Dr Azri Bhari berkata mengikut pandangan agama atau fatwa, pengambilan komisen sewajarnya bersandarkan kepada kos pentadbiran dan pengurusan NGO yang sebenarnya sahaja, bukan diambil mengikut peratusan.
Beliau berkata NGO perlu menilai semula kos pengurusan masing-masing untuk mengelakkan pengambilan komisen terlalu besar kerana dikhuatiri menyebabkan berlaku ketidakpastian dalam penggunaan dana sumbangan.
“Saya melihat kepada beberapa pandangan fatwa, daripada konteks pandangan agama, kos pentadbiran dan pengurusan itu dibenarkan (diambil NGO)… Cuma, (ia boleh diambil) dalam konteks sekadarnya ataupun yang sebenar-benarnya (sewajarnya sahaja) yang itu perlu diambil.
“… Janganlah ambil (komisen mengikut) pada persen, sudut pandang agama melihat (pengambilan komisen sewajarnya ikut) kos pentadbiran dan pengurusan sebenarnya sahaja, itu yang sewajarnya.
“Maksud dia nilai balik kos pengurusan itu setakat mana jangan kita ambil dengan agak banyak atau terlalu terbesar di sini yang akan menyebabkan ‘grey area’ ataupun ketidakpastian dalam bentuk penggunaan (dana sumbangan),” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan sama ada dibenarkan pengambilan komisen hasil sumbangan derma masyarakat awam oleh NGO untuk kos pengurusan, pentadbiran, gaji pekerja, sewaan bangunan dan sebagainya jika mengikut sudut pandang Islam.
Pertanyaan itu diajukan di siaran langsung program ‘Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus’ bertajuk ‘NGO: Bantu atau Tipu?’ menerusi platform Sinar Harian pada Jumaat lalu.
Azri Bhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Wakaf dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagaimanapun menjelaskan kaedah terbaik dalam isu ini adalah melakukan konsep Tabarru’ (derma) atau menyediakan khidmat bakti secara ikhlas tanpa mengambil apa-apa kos pengurusan dan pentadbiran.
“Yang terbaiknya kita lakukan Tabarru’ itu secara sukarela, volunteer maksudnya tanpa ambil apa-apa itu tingkatan yang pertama… uruskan (NGO) tanpa ambil apa-apa kos pengurusan, pentadbiran itu yang terbaik sekiranya perlu baru pergi yang kedua tetapi (ambil) dengan kadar sepatutnya,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/