Connect with us

Antarabangsa

Masjid 300 tahun, 41 rumah orang Islam musnah dalam keganasan terancang di Kolhapur

Serangan ke atas masjid berusia 300 tahun, berpuluh-puluh rumah dan harta benda milik orang Islam di daerah Kolhapur, Maharashtra, India pada 14 Julai lalu adalah keganasan terancang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Serangan ke atas masjid berusia 300 tahun, berpuluh-puluh rumah dan harta benda milik orang Islam di daerah Kolhapur, Maharashtra, India pada 14 Julai lalu adalah keganasan terancang.
  • Portal Clarion India melaporkan penyerang terlibat dibawa daripada kawasan lain untuk merosakkan kampung Gajapur, demikian dedah laporan penyiasatan fakta.
  • Dalam kenyataan dikeluarkan pada Khamis, pasukan penyiasatan terdiri daripada pemimpin Persatuan Perlindungan Hak Sivil (APCR), Pusat Kajian Masyarakat dan Sekularisme (CSSS) dan kumpulan-kumpulan lain menuntut penyiasatan menyeluruh insiden itu diawasi Mahkamah Tinggi.
  • Sebelum berlangsungnya kekecohan, beberapa mesyuarat diadakan atas inisiatif individu bernama Ravinder Padwal di rumah seorang lelaki tempatan, Narayan Pandurang Velhar yang juga disebut dalam Laporan Penyiasatan Pertama (FIR).
  • Penyerang dilengkapi pedang, tukul, kapak, rod, paip besi dan sebagainya ketika insiden itu berlaku.

Serangan ke atas masjid berusia 300 tahun, berpuluh-puluh rumah dan harta benda milik orang Islam di daerah Kolhapur, Maharashtra, India pada 14 Julai lalu adalah keganasan terancang.

Portal Clarion India melaporkan penyerang terlibat dibawa daripada kawasan lain untuk merosakkan kampung Gajapur, demikian dedah laporan penyiasatan fakta.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada Khamis, pasukan penyiasatan terdiri daripada pemimpin Persatuan Perlindungan Hak Sivil (APCR), Pusat Kajian Masyarakat dan Sekularisme (CSSS) dan kumpulan-kumpulan lain menuntut penyiasatan menyeluruh insiden itu diawasi Mahkamah Tinggi.

Sebelum berlangsungnya kekecohan, beberapa mesyuarat diadakan atas inisiatif individu bernama Ravinder Padwal di rumah seorang lelaki tempatan, Narayan Pandurang Velhar yang juga disebut dalam Laporan Penyiasatan Pertama (FIR).

Polis dilaporkan pada mulanya enggan mendedahkan nama Velhar yang dinyatakan dalam FIR.

Penyerang dilengkapi pedang, tukul, kapak, rod, paip besi dan sebagainya ketika insiden itu berlaku.

Pasukan itu juga mendapati 42 struktur bangunan, termasuk 41 rumah, 10 kedai dan sebuah masjid berusia 300 tahun diserang di lokasi tersebut.

Selain itu, 51 kenderaan melibatkan 17 kereta dan 34 motosikal rosak dalam serangan yang berlanjutan bermula tengah hari sehingga pukul 5 petang.

15,000 orang dilaporkan terlibat dalam perarakan rusuhan berkenaan tetapi kira-kira 1,500 orang mengambil bahagian dalam serangan tersebut, kata laporan itu.

Kumpulan perusuh ganas itu turut menyerang polis di mana 11 anggota polis dilaporkan cedera. 

Penduduk komuniti Muslim melarikan diri ke dalam hutan untuk tidak diserang dengan teruk pada hari insiden berkenaan. – The Merdeka Times

Author