Connect with us

Terkini

Kemasukan murid bukan Bumiputera ke sekolah kebangsaan turun

Bilangan kemasukan atau enrolmen murid bukan Bumiputera ke sekolah kebangsaan (SK) menunjukkan penurunan dari 6.19 peratus pada 2014 kepada 4.88 peratus tahun ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Bilangan kemasukan atau enrolmen murid bukan Bumiputera ke sekolah kebangsaan (SK) menunjukkan penurunan dari 6.19 peratus pada 2014 kepada 4.88 peratus tahun ini.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bagi murid Bumiputera pula terdapat peningkatan dari 93.81 peratus (2014) kepada 95.12 peratus pada 2024.
  • Jumlah murid Bumiputera di SJKC turut menunjukkan peningkatan tahun ini iaitu 18.52 peratus berbanding pada 2014, 11.67 peratus.
  • Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik bilangan dan peratusan pelajar di SK, SJK, SJKC dan SJKT serta sekolah antarabangsa mengikut pecahan tahun dan kaum dari 2004 hingga 2024.

KUALA LUMPUR —  Bilangan kemasukan atau enrolmen murid bukan Bumiputera ke sekolah kebangsaan (SK) menunjukkan penurunan dari 6.19 peratus pada 2014 kepada 4.88 peratus tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bagi murid Bumiputera pula terdapat peningkatan dari 93.81 peratus (2014) kepada 95.12 peratus pada 2024.

Fadhlina berkata jumlah murid Bumiputera di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) turut menunjukkan peningkatan tahun ini iaitu 18.52 peratus berbanding pada 2014 yang mencacatkan 11.67 peratus.

“Murid bukan Bumiputera di SJKC menunjukkan penurunan daripada 88.33 peratus pada 2014 kepada 81.48 peratus pada 2024.

“Di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), terdapat peningkatan enrolmen murid Bumiputera dari 0.38 peratus pada tahun 2014 kepada 0.49 peratus pada tahun 2024. 

“Kadar murid bukan Bumiputera di SJKT adalah sekitar 99 peratus dari tahun 2014 sehingga 2024,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik bilangan dan peratusan pelajar di SK, SJK, SJKC dan SJKT serta sekolah antarabangsa mengikut pecahan tahun dan kaum dari 2004 hingga 2024.

Fadhlina berkata kemasukan murid Bumiputera ke sekolah antarabangsa turut menunjukkan peningkatan 49.4 peratus dari 2019 hingga 2024, manakala dalam tempoh sama kemasukan murid bukan Bumiputera juga meningkat kepada 30.6 peratus.

“Setakat 31 Mei lalu, jumlah murid di sekolah antarabangsa adalah seramai 88,951 dengan pecahan warganegara seramai 59,726 (67.1 peratus) dan bukan warganegara seramai 29,225 (32.9 peratus). Pecahan warganegara mengikut kategori Bumiputera adalah 19.9 peratus dan bukan Bumiputera 80.1 peratus.

“Enrolmen murid warganegara ke sekolah antarabangsa meningkat 34 peratus dari tahun 2019 ke tahun 2024,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bagi tempoh 10 tahun lalu sahaja, terdapat peningkatan kemasukan lebih 30 ribu murid bukan Cina ke sekolah Cina iaitu dari 2010 hingga tahun 2020.

Menurut Pakar Pendidikan, Dr Anuar Ahmad sekiranya trend itu berterusan, dijangkakan dalam tempoh 25 tahun lagi, unjuran murid bukan Cina di sekolah Cina akan mencapai antara 40 hingga 50 peratus.

“Jika unjuran ini benar-benar berlaku, maka secara fizikalnya sekolah Cina akan menjadi sekolah pelbagai kaum di negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau dilaporkan berkata kepelbagaian kaum di sekolah Cina sudah tentu akan mengukuhkan wajah dan identiti Malaysia dan ini akan semakin mengambil alih identiti ‘kecinaan’ di sekolah tersebut. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending