Connect with us

Terkini

Peningkatan pelajar bukan Cina ke sekolah Cina bakal ambil alih identiti ‘kecinaan’ SJKC – Pensyarah

Bagi tempoh 10 tahun lalu sahaja, iaitu daripada 2010 hingga tahun 2020, terdapat peningkatan kemasukan lebih 30 ribu murid bukan Cina ke sekolah Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan UKM, Dr Anuar Ahmad.
  • Menurut Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan UKM, Dr Anuar Ahmad, bagi tempoh 10 tahun lalu sahaja, (2010-2020) terdapat peningkatan kemasukan lebih 30 ribu murid bukan Cina ke sekolah Cina.
  • Jika unjuran ini benar-benar berlaku, maka secara fizikalnya sekolah Cina akan menjadi sekolah pelbagai kaum di negara ini, “ tulis beliau di Facebooknya.
  • Tambahnya, kepelbagaian kaum di sekolah Cina sudah tentu akan mengukuhkan wajah dan identiti Malaysia, dan ini akan semakin mengambilalih identiti ‘kecinaan’ di sekolah tersebut.

KUALA LUMPUR – Bagi tempoh 10 tahun lalu sahaja, iaitu daripada 2010 hingga tahun 2020, terdapat peningkatan kemasukan lebih 30 ribu murid bukan Cina ke sekolah Cina.

Menurut Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, pada tahun 1989, data rasmi bilangan murid bukan Cina di sekolah Cina berjumlah 17,309 orang.

Tiga puluh tahun kemudian, pada tahun 2020, jumlahnya telah meningkat kepada lebih 101,011 orang. Ini bersamaan 20 peratus daripada keseluruhan murid sekolah Cina.

Menulis di laman Facebook miliknya, Dr Anuar berkata jika trend ini berterusan, dijangkakan dalam tempoh 25 tahun lagi, unjuran murid bukan Cina di sekolah Cina akan mencapai antara 40 hingga 50 peratus.

“Jika unjuran ini benar-benar berlaku, maka secara fizikalnya sekolah Cina akan menjadi sekolah pelbagai kaum di negara ini, “ tulis beliau.

Tangkap layar status Facebook Dr Anuar Ahmad.

Tambahnya, kepelbagaian kaum di sekolah Cina sudah tentu akan mengukuhkan wajah dan identiti Malaysia, dan ini akan semakin mengambilalih identiti ‘kecinaan’ di sekolah tersebut.

“Sebenarnya, proses ini telah pun bermula. Cuma agak perlahan. Paling awal adalah pada tahun 1956, apabila Laporan Razak memberikan status ‘Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan’ pada sekolah Cina dan Tamil.

“Maksudnya SRJK telah menjadi sebahagian sistem pendidikan kebangsaan,” jelas beliau.

Dr Anuar turut memberi contoh lain iaitu sekolah Cina juga telah pun menggunakan kurikulum kebangsaan, menggunakan sistem pentaksiran kebangsaan, guru-guru juga sudah pun dari pelbagai kaum.

 Malah menurut beliau, hampir semua guru di sekolah Cina adalah dari graduan IPG dan universiti awam.

“Surau juga telah disediakan di sekolah Cina. Begitu juga di kantin sekolah, ada sekolah Cina yang telah menjual makanan halal untuk murid beragama Islam. Jawatankuasa PIBG juga sudah ada yang disertai oleh ibu bapa dari pelbagai kaum,” tulis beliau.

Bagaimanapun Dr Anuar beranggapan idea dan usaha untuk menjadikan sekolah Cina beridentitikan Malaysia masih panjang.

“Jalannya berliku. Misalnya, usaha ini terpaksa berhadapan dengan kumpulan ‘pendesak’ yang hanya mahu penyelesaian dikotomi, ‘hitam atau putih sahaja’.

“Hakikatnya, sejarah menguruskan isu sekolah vernakular di negara ini terbukti banyak berada di ruang yang ‘kelabu’. Penyelesaian yang memerlukan kesabaran dan kebijakan akal berbanding sekadar luahan emosi,” jelas beliau mengakhiri tulisannya di akaun Facebooknya. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending