Connect with us

Antarabangsa

Zionis Yahudi berang dengan “buku mewarna kanak-kanak”

Buku mewarna kanak-kanak berbentuk pendidikan yang memperkenalkan sejarah Palestin dicabar jalan penceritaannya oleh kumpulan zionis berpangkalan di Afrika Selatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Buku “From the River to the Sea” yang dicipta penulis dan pereka, Nathi Ngubane.
  • Buku mewarna kanak-kanak berbentuk pendidikan yang memperkenalkan sejarah Palestin dicabar jalan penceritaannya oleh kumpulan zionis berpangkalan di Afrika Selatan.
  • Buku “From the River to the Sea” yang dicipta penulis dan pereka, Nathi Ngubane, merupakan buku yang meneroka sejarah, budaya tanah Palestin dan ketidakadilan dihadapi rakyat Palestin semasa Nakba.
  • Ngubane turut menyesuaikan penggunaan sejarah aparteid (dasar membezakan warna kulit) Afrika Selatan untuk membantu kanak-kanak mendalami penindasan dihadapi rakyat Palestin.
  • Untuk kandungan, tema dan tindakan kemanusiaan ditampilkan, kumpulan kebajikan zionis iaitu Lembaga Perwakilan Yahudi Afrika Selatan (SAJBD) memutuskan untuk mempersoalkan penerbitan buku tersebut.

Buku mewarna kanak-kanak berbentuk pendidikan yang memperkenalkan sejarah Palestin dicabar jalan penceritaannya oleh kumpulan zionis berpangkalan di Afrika Selatan.

Buku “From the River to the Sea” yang dicipta penulis dan pereka, Nathi Ngubane, merupakan buku yang meneroka sejarah, budaya tanah Palestin dan ketidakadilan dihadapi rakyat Palestin semasa Nakba.

Ngubane turut menyesuaikan penggunaan sejarah aparteid (dasar membezakan warna kulit) Afrika Selatan untuk membantu kanak-kanak mendalami penindasan dihadapi rakyat Palestin.

Untuk kandungan, tema dan tindakan kemanusiaan ditampilkan, kumpulan kebajikan zionis iaitu Lembaga Perwakilan Yahudi Afrika Selatan (SAJBD) memutuskan untuk mempersoalkan penerbitan buku tersebut.

Kenyataan SAJBD mengutuk buku tersebut tetapi gagal menangani kekejaman yang kini berlaku di Gaza.

SAJBD dalam kenyataannya mendakwa buku tersebut menggalakkan pemusnahan orang Yahudi dari tanah air mereka yang sah selain tindakan mengindoktrinasikan kanak-kanak. 

Tindakan kumpulan itu menurut S2JNews menampilkan corak sama gerakan zionis terhadap UNRWA, UNICEF, Islamic Relief, World Central Kitchen dan lain-lain gerakan kemanusiaan iaitu dengan penentangan tipikal terhadap apa sahaja inisiatif menyokong perjuangan Palestin. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *