Connect with us

Terkini

Keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram didakwa hari ini

Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis 17 Mei lalu, akan didakwa pada pagi ini di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis 17 Mei lalu, akan didakwa pada pagi ini di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
  • Kelima-lima mereka itu dilaporkan dikawal ketat hampir 30 anggota polis ketika tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, jam 9 pagi ini.
  • Mereka difahamkan akan menghadapi beberapa pertuduhan, termasuk Seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan.
  • Dalam insiden serangan pada pukul 2.54 pagi 17 Mei lalu, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban manakala suspek mati ditembak.

KUALA LUMPUR — Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis 17 Mei lalu, akan didakwa pada pagi ini di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Kelima-lima mereka itu dilaporkan dikawal ketat hampir 30 anggota polis ketika tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, jam 9 pagi ini.

Mereka difahamkan akan menghadapi beberapa pertuduhan termasuk Seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan.

Polis Kontinjen Johor malam tadi dilaporkan mengeluarkan hebahan kepada media untuk membuat liputan kes berkenaan yang akan disebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Kesemua lima ahli keluarga suspek berusia 19 hingga 62 tahun itu dilaporkan pada 24 Mei lalu, ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), selepas tempoh reman mereka berakhir pada hari sama.

Semua mereka terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik kepada penyerang berusia 21 tahun akan ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal mendedahkan keluarga itu membawa fahaman radikal.

Sosma membenarkan penahanan mana-mana suspek selama 28 hari tanpa perbicaraan.

Pada 17 Mei lalu, tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek itu ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) turut dilaporkan ditahan reman selepas disyaki mempunyai kaitan terhadap serangan itu pada hari sama, selepas serangan itu.

Bagaimanapun, dua penuntut IPT itu dibebaskan tanpa syarat selepas siasatan selesai, bulan lalu.

Dalam insiden serangan pada pukul 2.54 pagi 17 Mei lalu, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban manakala suspek mati ditembak.

Tragedi itu turut mencederakan Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, yang terkena tembakan pada bahu dan pinggul. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending