Connect with us

Terkini

Kelantan gubal RUU Pentadbiran Mahkamah Syariah baharu

Draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982 sedang disediakan Kerajaan Kelantan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud.
  • Draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982 sedang disediakan Kerajaan Kelantan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata draf awal pindaan itu sudah dibentangkan di mesyuarat Ahli Majlis Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). 
  • Penggubalan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah itu untuk menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah sedia ada pasca pembatalan 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 (EKJS).
  • RUU itu bagi membuka ruang dan jaminan pelaksanaan keadilan kes syariah melalui institusi kehakiman Mahkamah Syariah setanding institusi kehakiman Mahkamah Sivil. 
  • “Antara aspek pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam penggubalan enakmen ini adalah melalui cadangan peningkatan peringkat mahkamah daripada tiga peringkat kepada empat atau lima peringkat yang kini di peringkat kajian terperinci. 
  • “Peningkatan ini bagi memastikan peluang rayuan kes syariah adalah dua kali iaitu rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan ke Mahkamah Utama Syariah sebagai mahkamah tertinggi,” katanya.

KUALA LUMPUR — Draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982 sedang disediakan Kerajaan Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata draf awal pindaan itu sudah dibentangkan di mesyuarat Ahli Majlis Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). 

Beliau berkata mesyuarat itu juga memutuskan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja khusus bagi mengkaji semula penggubalan draf awal cadangan dibentangkan tersebut.

“RUU dicadangkan adalah lebih komprehensif. Oleh itu, penggubalan RUU adalah di peringkat kajian terperinci oleh Bahagian Undang-Undang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

“Di peringkat mahkamah, ia mengambil kira pelaksanaan di negeri-negeri lain dari segi dasar atau perancangan masa depan oleh Kerajaan Persekutuan untuk proses penyeragaman dan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia,” katanya dipetik Berita Harian pada persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.

Ia bagi menjawab soalan Zameri Mat Nawang (PAS-Jelawat) berkenaan status terkini cadangan pindaan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan 1982.

Mohd Asri berkata penggubalan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah itu untuk menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah sedia ada pasca pembatalan 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 (EKJS).

Beliau berkata RUU itu bagi membuka ruang dan jaminan pelaksanaan keadilan kes syariah melalui institusi kehakiman Mahkamah Syariah setanding institusi kehakiman Mahkamah Sivil. 

“Antara aspek pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam penggubalan enakmen ini adalah melalui cadangan peningkatan peringkat mahkamah daripada tiga peringkat kepada empat atau lima peringkat yang kini di peringkat kajian terperinci. 

“Peningkatan ini bagi memastikan peluang rayuan kes syariah adalah dua kali iaitu rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan ke Mahkamah Utama Syariah sebagai mahkamah tertinggi,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending