Connect with us

Terkini

Kelantan tubuh Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah

Kerajaan Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bagi mengkaji semula 16 seksyen dalam Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bagi mengkaji semula 16 seksyen dalam Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu.
  • Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata ahli jawatankuasa dilantik itu akan bersidang bagi membincangkan isu berkenaan selepas Ramadan ini. 
  • “Kita baru menubuhkan Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah dan melantik ahlinya… kita akan melihat bagaimana untuk menilai keadaan semasa berhubung perkara ini,” katanya dipetik Berita Harian selepas majlis penyampaian sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Petronas di Kota Bharu, malam tadi.
  • Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini dilaporkan menerima usul untuk menggubal semula 16 perkara dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang dibatalkan mahkamah pada Februari lalu kerana melebihi bidang kuasanya.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bagi mengkaji semula 16 seksyen dalam Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata ahli jawatankuasa dilantik itu akan bersidang bagi membincangkan isu berkenaan selepas Ramadan ini. 

“Kita baru menubuhkan Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah dan melantik ahlinya… kita akan melihat bagaimana untuk menilai keadaan semasa berhubung perkara ini.

“Setakat, ini ahli jawatankuasa itu masih belum bersidang sebab bulan puasa, mungkin selepas ini,” katanya dipetik Berita Harian selepas majlis penyampaian sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Petronas di Kota Bharu, malam tadi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini dilaporkan menerima usul untuk menggubal semula 16 perkara dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang dibatalkan mahkamah pada Februari lalu kerana melebihi bidang kuasanya.

Tindakan Kelantan itu mendapat bantahan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) yang menggesa peguam negara (AG) supaya campur tangan dalam langkah berkenaan.

Kumpulan itu berkata sebagai pelindung terhadap kepentingan awam, kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, AG harus bertindak kerana penggubalan semula peruntukan itu akan menjadi ancaman serius terhadap demokrasi dan menggugat kestabilan negara.

Bagaimanapun, ia dinafikan pakar perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod yang berpandangan tindakan DUN Kelantan itu tidak akan menjadi ancaman serius kepada demokrasi dan menggugat kestabilan negara.

Nik Ahmad Kamal berkata ini kerana apa jua undang-undang berkenaan Islam yang dibuat negeri-negeri adalah untuk orang Islam.

Katanya, tindakan DUN Kelantan itu tidak seharusnya menjadi isu seperti mana didakwa sesetengah pihak. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending