Connect with us

Terkini

Isu BlackRock: “Ia lapangan terbang, bukan pasar raya ” – Dr Chandra Muzaffar

Tiada justifikasi untuk menjual saham Malaysia Airports Holdings (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis, BlackRock yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), demikian lapor MalaysiaNow memetik Cendekiawan Sains Politik, Dr Chandra Muzaffar.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Cendekiawan Sains Politik, Dr Chandra Muzaffar.
  • Tiada justifikasi untuk menjual saham Malaysia Airports Holdings (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis, BlackRock yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), demikian lapor MalaysiaNow memetik Cendekiawan Sains Politik, Dr Chandra Muzaffar.
  • “Ini sesuatu yang membimbangkan kerana ia melibatkan lapangan terbang – bukan restoran atau pasar raya – yang akan diuruskan GIP yang dimiliki BlackRock,” katanya.
  • Chandra berkata kebimbangan terhadap rancangan itu wajar kerana BlackRock mempunyai pelaburan besar dalam firma yang rapat dengan industri senjata Israel.
  • Beliau berkata fakta bahawa MAHB merupakan syarikat yang mencatatkan keuntungan menjadikan rancangan melibatkan GIP “bertambah pelik”.
  • “Tidak ada alasan kewangan bagi penjualan saham MAHB dan ini diperkukuhkan lagi dengan prestasi pengurusan cemerlang MAHB,” katanya merujuk kepada keuntungan bersih MAHB pada tahun lalu iaitu RM543.2 juta, melebihi keuntungan 2019 sebelum pandemik Covid-19 melumpuhkan sektor penerbangan.

KUALA LUMPUR — Tiada justifikasi untuk menjual saham Malaysia Airports Holdings (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis, BlackRock yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), demikian lapor MalaysiaNow memetik Cendekiawan Sains Politik, Dr Chandra Muzaffar.

Chandra yang juga antara pengasas utama PKR dan pernah menjadi jurucakap utama gerakan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mempersoalkan alasan negara ini perlu bekerjasama dengan syarikat dimiliki entiti mempunyai hubungan rapat dengan ketenteraan Israel dan AS.

“Ini sesuatu yang membimbangkan kerana ia melibatkan lapangan terbang – bukan restoran atau pasar raya – yang akan diuruskan GIP yang dimiliki BlackRock,” katanya.

Chandra berkata kebimbangan terhadap rancangan itu adalah wajar kerana BlackRock mempunyai pelaburan besar dalam firma yang rapat dengan industri senjata Israel.

Beliau berkata syarikat itu memiliki 7.4 peratus kepentingan dalam Lockheed Martin, kontraktor pertahanan yang memainkan peranan penting dalam memperlengkapkan tentera Israel, menyebabkan Lockheed didakwa bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Katanya, walaupun kerajaan berhujah GIP tidak memegang majoriti saham konsortium itu, ia sudah pasti bakal memainkan peranan penting disebabkan pengkhususannya dalam pengurusan lapangan terbang.

“Adakah kerana kepakaran ini GIP dibawa sebagai rakan kongsi? Terdapat firma lain dengan kepakaran yang setanding yang boleh dipertimbangkan,” katanya.

Chandra mengingatkan kerajaan bahawa pengurusan lapangan terbang memerlukan penggunaan data sensitif.

“Ini adalah transaksi yang mempunyai kesan keselamatan yang mendalam,” katanya.

Beliau berkata fakta bahawa MAHB merupakan syarikat yang mencatatkan keuntungan menjadikan rancangan melibatkan GIP “bertambah pelik”.

“Tidak ada alasan kewangan bagi penjualan saham MAHB dan ini diperkukuhkan lagi dengan prestasi pengurusan cemerlang MAHB,” katanya merujuk kepada keuntungan bersih MAHB pada tahun lalu iaitu RM543.2 juta, melebihi keuntungan 2019 sebelum pandemik Covid-19 melumpuhkan sektor penerbangan.

GIP pada Jumaat lalu dilaporkan menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending