Connect with us

Antarabangsa

Hizbullah berjaya bedil Iron Dome Israel

Hizbullah menyasarkan sistem pertahanan udara Iron Dome Israel dengan peluru berpandu di Ramot Naftali pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah menyasarkan sistem pertahanan udara Iron Dome Israel dengan peluru berpandu di Ramot Naftali pada Rabu.
  • Saluran TV kumpulan bersenjata Lubnan itu, Al-Manar menerbitkan rakaman dikatakan dikeluarkan media tentera Hizbullah mengenai serangan ke atas sistem anti-projektil di bandar itu.
  • Video itu menunjukkan peluru mengenai pelancar Iron Dome tetapi tahap kerosakan sebenar tidak diketahui memandangkan skrin serta-merta bertukar kelabu.
  • Akhbar Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National melaporkan ia lokasi sama Iron Dome berbeza dalam rakaman diterbitkan pada Rabu, menggambarkan pengawasan dron serta tembakan artileri di kawasan itu.
  • Tentera Israel dilaporkan berkata mereka tidak mendapati sebarang kerosakan pada pelancar Iron Dome mereka.

Hizbullah menyasarkan sistem pertahanan udara Iron Dome Israel dengan peluru berpandu di Ramot Naftali pada Rabu.

Saluran TV kumpulan bersenjata Lubnan itu, Al-Manar menerbitkan rakaman dikatakan dikeluarkan media tentera Hizbullah mengenai serangan ke atas sistem anti-projektil di bandar itu.

Video itu menunjukkan peluru mengenai pelancar Iron Dome tetapi tahap kerosakan sebenar tidak diketahui memandangkan skrin serta-merta bertukar kelabu.

Akhbar Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National melaporkan ia lokasi sama Iron Dome berbeza dalam rakaman diterbitkan pada Rabu, menggambarkan pengawasan dron serta tembakan artileri di kawasan itu.

Tentera Israel dilaporkan berkata mereka tidak mendapati sebarang kerosakan pada pelancar Iron Dome mereka.

The New Arab memetik tentera melaporkan insiden kematian terbaru menyebabkan sekurang-kurangnya 15 tentera dan 11 orang awam terbunuh di utara Israel sejak pertempuran rentas sempadan Hizbullah berikutan perang Gaza pada Oktober tahun lalu.

Menurut AFP, sekurang-kurangnya 455 orang terbunuh di Lubnan dengan kebanyakannya tentera, termasuk 88 orang awam. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending