Connect with us

Terkini

‘Arun Dorasamy bukan jurucakap Hindu Sangam’ – Timbalan Presiden MHS

Malaysia Hindu Sangam (MHS) tidak pernah melantik mana-mana individu, termasuk Arun Dorasamy, untuk menjadi jurucakap bagi pertubuhan itu, kata Timbalan Presidennya, Ganesh Babu Rao.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Arun Dorasamy (kiri) & Timbalan Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS), Ganesh Babu Rao (kanan).
  • “Kita tak lantik sesiapa jadi jurucakap Malaysia Hindu Sangam (MHS), tak lantik Arun Dorasamy dia punya persatuan namanya Agamam Ani adalah salah satu persatuan di bawah Malaysia Hindu Sangam.
  • “Untuk apa-apa isu keagamaan kita selalu bincang dengan persatuan-persatuan lain di bawah naungan Malaysia Hindu Sangam dan selepas perbincangan wakil Hindu Sangam sama ada presiden ataupun secretary (setiausaha) yang akan bagi statement (kenyataan) kita tidak lantik siapa-siapa individu jadi jurucakap,” kata Timbalan Presiden Malaysia Hindu Sangam, Ganesh Babu Rao  kepada The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.
  • TMT mendapatkan penjelasan tersebut ekoran terdapat laporan media tempatan bertarikh 11 Jun lalu melaporkan Arun Dorasamy mengeluarkan kenyataan dalam satu isu dengan memposisikan diri sebagai jurucakap Malaysia Hindu Sangam.
  • Ia menimbulkan tanda tanya kerana difahamkan Arun Dorasamy adalah individu bankrap menyebabkan beliau hilang kelayakan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi.

KUALA LUMPUR — Malaysia Hindu Sangam (MHS) tidak pernah melantik mana-mana individu, termasuk Arun Dorasamy, untuk menjadi jurucakap bagi pertubuhan itu, kata Timbalan Presidennya, Ganesh Babu Rao.

Ganesh berkata sebarang kenyataan dikeluarkan Malaysia Hindu Sangam dalam apa-apa isu keagamaan adalah daripada presiden dan setiausaha persatuan itu kerana pihaknya tidak membuat sebarang pelantikan ke atas mana-mana individu untuk menjadi jurucakap.

“Kita tak lantik sesiapa jadi jurucakap Malaysia Hindu Sangam, tak lantik Arun Dorasamy dia punya persatuan namanya Agamam Ani adalah salah satu persatuan di bawah Malaysia Hindu Sangam.

“Untuk apa-apa isu keagamaan kita selalu bincang dengan persatuan-persatuan lain di bawah naungan Malaysia Hindu Sangam dan selepas perbincangan wakil Hindu Sangam sama ada presiden ataupun secretary (setiausaha) yang akan bagi statement (kenyataan) kita tidak lantik siapa-siapa individu jadi jurucakap,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

The Merdeka Times mendapatkan penjelasan tersebut ekoran melihat terdapat laporan media tempatan bertarikh 11 Jun lalu yang melaporkan Arun Dorasamy mengeluarkan kenyataan dalam satu isu dengan memposisikan dirinya sebagai jurucakap Malaysia Hindu Sangam.

Situasi itu menimbulkan tanda tanya kerana difahamkan Arun Dorasamy juga mendakwa dirinya adalah Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, sedangkan carian di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapati pengerusi Pertubuhan Hindu Agamam Ami Malaysia adalah individu bernama Ravi A/L Dorasamy.

Arun Dorasamy juga didakwa seorang individu bankrap yang menyebabkan beliau hilang kelayakan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi.

Foto: Senarai ahli jawatankuasa Pertubuhan Hindu Agamam Ami Malaysia bagi tahun 2022 dikeluarkan JPPM.

Malah, seorang peguam, Shamsher Singh Thind pada Januari lalu turut dilaporkan mempersoalkan kredibiliti Arun Dorasamy yang disifatkan sebagai pembohong dan bankrap.

“Arun Dorasamy seorang yang bankrap. Dia bukan seorang peguam dan saya juga tidak pasti jika dia seorang graduan lulusan undang-undang.

“Dia juga bukan pemegang jawatan di Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia, dan setahu saya, Pusat Khidmat Hindu adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar,” katanya menerusi hantaran di Facebook. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending