Connect with us

Terkini

Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama jadi acara tetap di Malaysia – PM Anwar

Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama, yang menghimpunkan tokoh agama dan intelektual dari seluruh dunia, akan menjadi acara tetap di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) yang juga Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024, hari ini. Turut bersama kedua dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
  • Ketika berucap merasmikan edisi pertama persidangan itu di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah penting bagi Malaysia mempromosikan pemahaman tentang Islam, Rahmatan Lil Alamin (rahmah kepada sekalian alam) dan mesej keamanan.
  • “Dalam persidangan ini, kita dapat perhatikan perkara yang perlu dilakukan dan ditambah baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Buddha atau Hindu.
  • “Kita ingin mendengar nasihat, kritikan dan cadangan anda, bagaimana pada masa kita mencuba sehabis baik untuk meningkatkan pemahaman tentang Islam dan mengamalkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan sunah, kita juga ingin sampaikan mesej kasih sayang, belas kasihan, keadilan untuk semua rakyat, Muslim dan bukan Muslim,” kata beliau.

KUALA LUMPUR — Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama, yang menghimpunkan tokoh agama dan intelektual dari seluruh dunia, akan menjadi acara tetap di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap merasmikan edisi pertama persidangan itu di Putrajaya hari ini, Anwar berkata adalah penting bagi Malaysia mempromosikan pemahaman tentang Islam, Rahmatan Lil Alamin (rahmah kepada sekalian alam) dan mesej keamanan.

“Dalam persidangan ini, kita dapat perhatikan perkara yang perlu dilakukan dan ditambah baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Buddha atau Hindu.

“Kita ingin mendengar nasihat, kritikan dan cadangan anda, bagaimana pada masa kita mencuba sehabis baik untuk meningkatkan pemahaman tentang Islam dan mengamalkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan sunah, kita juga ingin sampaikan mesej kasih sayang, belas kasihan, keadilan untuk semua rakyat, Muslim dan bukan Muslim,” kata beliau.

Perdana Menteri menekankan peranan pemimpin agama, menggesa mereka untuk mengambil pendirian yang lebih aktif, berkesan dan berani dalam menggalakkan keadilan. — BERNAMA

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending