Connect with us

Terkini

Pemangku Raja Perlis cadang Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 dikaji semula

Jabatan Pendakwaan Syariah Perlis dicadangkan untuk mengkaji peruntukan Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 bagi membuat penambahbaikan terhadap enakmen itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
  • Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah antara aspek perlu dikaji ialah mewujudkan seksyen baharu bagi menjadikan perbuatan suami mengabaikan kewajipan nafkah isteri dan anak-anak serta perbuatan meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa khabar, sebagai satu kesalahan.
  • “Selain itu, yang tidak adil dalam berpoligami, pihak ketiga yang mengganggu dan memecahbelahkan perkahwinan dan lain-lain yang bersesuaian di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah,” titah baginda dalam satu kenyataan malam tadi.
  • Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah, perkara itu bertujuan memantapkan lagi sistem kekeluargaan di Perlis, sekali gus memantapkan sistem perundangan syariah di negeri itu.

KANGAR — Jabatan Pendakwaan Syariah Perlis dicadangkan untuk mengkaji peruntukan Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 bagi membuat penambahbaikan terhadap enakmen itu.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah antara aspek yang perlu dikaji ialah mewujudkan seksyen baharu bagi menjadikan perbuatan suami mengabaikan kewajipan nafkah kepada isteri dan anak-anak serta perbuatan meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa khabar, sebagai satu kesalahan.

“Selain itu, yang tidak adil dalam berpoligami, pihak ketiga yang mengganggu dan memecahbelahkan perkahwinan dan lain-lain yang bersesuaian di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah,” titah baginda dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berangkat mempengerusikan Persidangan MAIPs Bilangan ke-3 Bagi Tahun 2024, di sini pada Isnin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah, perkara itu bertujuan memantapkan lagi sistem kekeluargaan di Perlis, sekali gus memantapkan sistem perundangan syariah di negeri itu.

“Bagaimanapun, penelitian perlu dibuat bagi mengenal pasti jika terdapat apa-apa halangan undang-undang dan keadilan, sebelum apa-apa pindaan dibuat,” titah baginda. – BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending