Connect with us

Antarabangsa

Parlimen Australia tolak iktiraf Palestin

Usul pengiktirafan status kenegaraan Palestin dibawa Green Party ke Dewan Rakyat Australia pada Rabu telah gagal, lapor SBS News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Usul pengiktirafan status kenegaraan Palestin dibawa Green Party ke Dewan Rakyat Australia pada Rabu telah gagal, lapor SBS News.
  • Parlimen menolak usaha untuk perdebatan mengenai pengiktirafan status kenegaraan Palestin dengan keputusan undian 80 menentang lima.
  • Pemimpin Green Party, Adam Bandt dilaporkan berkata undi kepada pengiktirafan negara Palestin akan menjadi “langkah konkrit menuju keamanan” selepas negara-negara lain baru-baru ini turut mengiktiraf Palestin.
  • “Ini bukan sekadar tindakan simbolik, ia langkah kritikal ke arah keamanan dan ke arah menamatkan penyembelihan yang kita lihat dengan pencerobohan terhadap Gaza ketika ini.
  • “Sudah tiba masanya untuk negara-negara, termasuk Australia, mengambil bahagian dan melakukan sesuatu, sama seperti negara lain yang menjadikannya keutamaan untuk mengiktiraf negara Palestin, begitu juga kerajaan ini pada hari ini,” katanya kepada Parlimen Australia.

Usul pengiktirafan status kenegaraan Palestin dibawa Green Party ke Dewan Rakyat Australia pada Rabu telah gagal, lapor SBS News.

Parlimen Australia menolak usaha untuk perdebatan mengenai pengiktirafan status kenegaraan Palestin dengan keputusan undian 80 menentang lima.

Pemimpin Green Party, Adam Bandt dilaporkan berkata undi kepada pengiktirafan negara Palestin akan menjadi “langkah konkrit menuju keamanan” selepas negara-negara lain baru-baru ini turut mengiktiraf Palestin.

“Ini bukan sekadar tindakan simbolik, ia langkah kritikal ke arah keamanan dan ke arah menamatkan penyembelihan yang kita lihat dengan pencerobohan terhadap Gaza ketika ini.

“Sudah tiba masanya untuk negara-negara, termasuk Australia, mengambil bahagian dan melakukan sesuatu, sama seperti negara lain yang menjadikannya keutamaan untuk mengiktiraf negara Palestin, begitu juga kerajaan ini pada hari ini,” katanya kepada Parlimen Australia.

Bandt berkata Australia mempunyai tanggungjawab moral untuk mengiktiraf Palestin.

“Nilai keamanan dan keselamatan serta penentuan nasib diri harus dinikmati sama rata oleh rakyat Palestin dan juga Israel.

“Ciapan penuh kebimbangan kerajaan ini tidak lagi mencukupi, sudah tiba masanya kerajaan ini mengambil tindakan, dan ia boleh dimulakan dengan mengiktiraf negara Palestin,” kata Bandt.

Pembantu Menteri Luar, Tim Watts bagaimanapun mendakwa Green party sengaja mengatur undi itu supaya gagal kerana usul prosedur dalam dewan rakyat sentiasa ditentang.

Usul itu dibuat selepas serangan rejim Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang di perkhemahan di Rafah, menurut Pihak Berkuasa Kesihatan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *