Connect with us

Terkini

Isytihar profesor pro-Israel Bruce Gilley sebagai ‘persona non grata’ – Fadhli Shaari

Kerajaan perlu mengisytiharkan Profesor Sains Politik dari Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley sebagai ‘persona non grata’ susulan tular tindakannya mengutuk pendirian Malaysia berkenaan negara haram Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.
  • Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata kerajaan Malaysia tidak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya tidak dikunjungi oleh individu seperti Gilley.
  • “Jika benar ini tulisan dia, kerajaan wajib isytihar orang ini sebagai Persona Non Grata! Tidak rugi Malaysia jika tidak dikunjungi orang seperti ini,” kata Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik tangkap layar ciapan terbaharu Gilley di platform X.
  • Gilley menerusi ciapan itu memaklumkan beliau sudah ‘selamat’ keluar dari Malaysia yang disifatkan sebagai negara tidak selamat untuk dikunjungi ketika ini.
  • Menerusi hantaran berbeza pada malam tadi, Fadhli Shaari berkata sekiranya mana-mana individu ke negara China dan mengkritik ideologi komunis di negara tersebut, boleh jadi individu berkenaan tidak akan dapat keluar dengan selamat.

KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu mengisytiharkan Profesor Sains Politik dari Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley sebagai ‘persona non grata’ susulan tular tindakannya mengutuk pendirian Malaysia berkenaan negara haram Israel.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata kerajaan Malaysia tidak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya tidak dikunjungi oleh individu seperti Gilley.

“Jika benar ini tulisan dia, kerajaan wajib isytihar orang ini sebagai Persona Non Grata! Tidak rugi Malaysia jika tidak dikunjungi orang seperti ini,” kata Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik tangkap layar ciapan terbaharu Gilley di platform X.

Foto: Tangkap layar hantaran Fadhli Shaari di FB

Gilley menerusi ciapan itu memaklumkan beliau sudah ‘selamat’ keluar dari Malaysia yang disifatkan sebagai negara tidak selamat untuk dikunjungi ketika ini.

Beliau sebelum ini menerima kecaman hebat pengguna media sosial selepas menuduh ahli politik Malaysia menggesa ‘’Holocaust kedua’” terhadap orang Yahudi selain menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau membuat kenyataan itu dalam platform X ketika mengulas ucapannya mengenai dasar luar Malaysia yang disampaikan pada ceramah anjuran Universiti Malaya (UM).

Menerusi hantaran berbeza pada malam tadi, Fadhli Shaari berkata sekiranya mana-mana individu ke negara China dan mengkritik ideologi komunis di negara tersebut, boleh jadi individu berkenaan tidak akan dapat keluar dengan selamat.

“Tetapi seorang profesor pro-Isr&3l Amerika pada sesi syarahan di sebuah universiti tempatan semalam boleh secara terang-terangan mengkritik dasar luar Malaysia dalam isu Pal3st1n. 

“Bahkan profesor sains politik Universiti Negeri Portland itu secara jelas menyebut bahawa ahli politik negara ini menganjurkan Holocaust kedua terhadap orang YahudI.

“Kerajaan tidak mahu ambil apa-apa tindakan kah? Kot PM nak kata kerajaan tidak ada bidang kuasa untuk ambil tindakan…,” kata Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) semalam dilaporkan mengarahkan UM supaya menyiasat dan melaporkan segera butiran lanjut berhubung penceramah warga asing terbabit yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat sebagaimana tular di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pihak kementerian mengambil maklum dan memandang serius berhubung isu itu.

“Susulan itu, saya telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author