Connect with us

Terkini

Tuduh pemimpin politik Malaysia anjur ‘Holocaust kedua’ terhadap Yahudi, Pensyarah pro-Israel dikecam

Profesor Sains Politik dari Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley menerima kecaman hebat pengguna media sosial selepas menuduh ahli politik Malaysia menggesa ‘’Holocaust kedua’” terhadap orang Yahudi selain menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Avatar

Published

on

Foto: Hantaran di platform X.
  • Profesor Sains Politik dari Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley menerima kecaman hebat pengguna media sosial selepas menuduh ahli politik Malaysia menggesa ‘’Holocaust kedua’” terhadap orang Yahudi selain menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Beliau membuat kenyataan itu dalam platform X ketika mengulas ucapannya mengenai dasar luar Malaysia yang disampaikan pada ceramah anjuran Universiti Malaya.
  • “Ini sikap buruk lama di kalangan ahli politik Malaysia yang mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi. Kini, penyampai berita TV menamatkan siaran dengan kata-kata “Dari Sungai ke Segara” dan “Israel cuak” (“Israel takut”).
  • “Sebuah negara yang pemimpin politiknya menganjurkan Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam urusan dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat,” tulisnya di platform X.
  • Gilley bagaimanapun memadam kenyataan berbaur propaganda Israel  beberapa jam selepas itu dan meluahkan rasa kesal berhubung pandangan peribadinya.

KUALA LUMPUR – Profesor Sains Politik dari Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley menerima kecaman hebat pengguna media sosial selepas menuduh ahli politik Malaysia menggesa ‘’Holocaust kedua’” terhadap orang Yahudi selain menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau membuat kenyataan itu dalam platform X ketika mengulas ucapannya mengenai dasar luar Malaysia yang disampaikan pada ceramah anjuran Universiti Malaya.

“Ini sikap buruk lama di kalangan ahli politik Malaysia yang mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi. Kini, penyampai berita TV menamatkan siaran dengan kata-kata “Dari Sungai ke Segara” dan “Israel cuak” (“Israel takut”).

“Sebuah negara yang pemimpin politiknya menganjurkan Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam urusan dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat,” tulisnya di platform X.

Gilley bagaimanapun memadam kenyataan berbaur propaganda Israel beberapa jam selepas itu dan meluahkan rasa kesal berhubung pandangan peribadinya.

“Saya telah memadam hantaran itu untuk keselamatan dan kesejahteraan rakan-rakan saya di Universiti Malaya, yang kepimpinannya telah bertindak balas terhadap bantahan pelajar. Petikan daripada ucaptama saya mencerminkan pandangan saya sahaja. Saya kesal dengan kemudaratan yang saya lakukan kepada rakan-rakan akademik saya,” katanya dalam platform sama.

Tinjauan The Merdeka Times di ruangan balas kenyataan itu mendapati, pengguna X @ShahHafiz3103 menyifatkan ia merendahkan dan munafik daripada seorang rakyat negara yang melakukan kekacauan dan kemusnahan kepada orang lain demi kepentingan diri dan sekutunya.

“Sokong pembunuhan beramai-ramai dan tiba-tiba bertindak seperti mangsa? Tolong malu sikit,” itu pula tulis @zulabmm.

Pengguna X lain, @fakhrifadzli menggesa pihak berkuasa menahan individu itu yang dilihat pro-pembunuhan beramai-ramai dan mengusirnya segera daripada negara ini.

Beliau turut menggesa Kementerian Luar Negeri, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu menegaskan Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip bahawa Palestin berhak membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.

Malaysia turut menyokong sepenuhnya tindakan undang-undang dikemukakan Afrika Selatan terhadap Israel berkaitan pencabulan terhadap tanggungjawabnya di bawah Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending