Connect with us

Terkini

Enggan mohon maaf, MP DAP mahu jumpa pendakwah bebas Zamri Vinoth di mahkamah

Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer enggan mengemukakan permohonan maaf terhadap pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berhubung kenyataan dibuat beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer (kiri) & pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu (kanan).
  • Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer enggan mengemukakan permohonan maaf terhadap pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berhubung kenyataan dibuat beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini.
  • Rayer berkata beliau telah membaca kenyataan akhbar Zamri dan peguamnya Haniff Khatri Abdulla sebagaimana dilaporkan Free Malaysia Today, bagaimanapun beliau berpendirian untuk tetap berpegang kepada apa yang disuarakan di Parlimen.
  • “Saya tidak memerlukan 14 hari untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan saya.
  • “Saya akan berjumpa Zamri Vinoth Kalimuthu di Mahkamah,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
  • Media semalam melaporkan Zamri menuntut Rayer memohon maaf kerana membangkitkan tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan beliau menghina penganut Hindu.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer enggan mengemukakan permohonan maaf terhadap pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berhubung kenyataan dibuat beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Rayer berkata beliau telah membaca kenyataan akhbar Zamri dan peguamnya Haniff Khatri Abdulla sebagaimana dilaporkan Free Malaysia Today, bagaimanapun beliau berpendirian untuk tetap berpegang kepada apa yang disuarakan di Parlimen.

“Saya tidak memerlukan 14 hari untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan saya.

“Saya akan berjumpa Zamri Vinoth Kalimuthu di Mahkamah,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Media semalam melaporkan Zamri menuntut Rayer memohon maaf kerana membangkitkan tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan beliau menghina penganut Hindu.

Zamri juga menuntut Ahli Parlimen Jelutong itu menarik balik kenyataan dibuat terhadapnya. Beliau memberi tempoh 14 hari berbuat demikian.

Menurut Zamri, beberapa laporan polis dibuat terhadapnya pada 2021 selepas beberapa individu mendakwa beliau menghina Lord Shiva dalam video yang dimuat naik di Facebook dan YouTube, berikutan itu beliau direman empat hari untuk siasatan.

Katanya, sekalipun pihak berkuasa memutuskan kes berkenaan tiada tindakan lanjut selepas siasatan dijalankan, namun Rayer mengulangi dakwaan terhadapnya di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Zamri pada Mac lalu dilaporkan mencabar Rayer untuk membuktikan dakwaannya bahawa beliau menghina kaum India beragama Hindu di Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
  • Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
  • Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 
  • “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
  • Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.

Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 

Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.

“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.

Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending