Connect with us

Terkini

Pendakwah bebas Zamri Vinoth cabar MP Jelutong buktikan beliau hina agama Hindu

Pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mencabar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk membuktikan dakwaan beliau menghina kaum India beragama Hindu di Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu (kiri) & Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer (kanan).
  • “Bagi menjawab kenyataan Rayer dan rakan-rakannya, pertama sekali di Parlimen Rayer mengatakan saya telah menghina (agama Hindu).
  • “Jadi saya mencabarnya untuk membuktikan di mana yang saya menghina (agama itu),” katanya dipetik Malaysiakini pada Selasa.
  • Zamri berkata Ahli Parlimen Jelutong itu sendiri tidak menjelaskan penghinaan yang dibuat beliau ketika membangkitkan dakwaan berkenaan.
  • Semalam,  sekumpulan Ahli Parlimen berbangsa India daripada Pakatan Harapan (PH) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap penceramah agama yang didakwa menghina agama bukan Islam.
  • Katanya, terdapat beberapa siri TikTok disiarkan di media sosial memaparkan pendakwah bebas itu dirakam memberi penjelasan tentang dewa Shiva Lingam yang disembah kaum India beragama Hindu di Malaysia.
  • Zamri berkata beliau hanya membuat penjelasan berhubung dakwaan segelintir penganut Hindu bahawa di dalam Kaabah mempunyai Shiva Lingam.

KUALA LUMPUR — Pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mencabar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk membuktikan dakwaan beliau menghina kaum India beragama Hindu di Malaysia.

“Bagi menjawab kenyataan Rayer dan rakan-rakannya, pertama sekali di Parlimen Rayer mengatakan saya telah menghina (agama Hindu).

“Jadi saya mencabarnya untuk membuktikan di mana yang saya menghina (agama itu),” katanya dipetik Malaysiakini pada Selasa.

Zamri berkata Ahli Parlimen Jelutong itu sendiri tidak menjelaskan penghinaan yang dibuat beliau ketika membangkitkan dakwaan berkenaan.

Semalam,  sekumpulan Ahli Parlimen berbangsa India daripada Pakatan Harapan (PH) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap penceramah agama yang didakwa menghina agama bukan Islam.

RSN Rayer dilaporkan sebagai berkata ia termasuk Zamri Vinoth yang didakwa menghina kaum India beragama Hindu di negara ini.

Katanya, terdapat beberapa siri TikTok disiarkan di media sosial memaparkan pendakwah bebas itu dirakam memberi penjelasan tentang dewa Shiva Lingam yang disembah kaum India beragama Hindu di Malaysia.

Mengulas lanjut, Zamri berkata beliau hanya membuat penjelasan berhubung dakwaan segelintir penganut Hindu bahawa di dalam Kaabah mempunyai Shiva Lingam.

Beliau berkata jika mereka tidak membuat sebarang tuduhan melibatkan Kaabah orang Islam di dalamnya ada Shiva Lingam, tiada keperluan untuk pihaknya menjawab perkara berkenaan.

“Perkara ini pernah timbul beberapa tahun lepas apabila beberapa penganut hindu yang turut membuat video menyatakan ada Shiva Lingam di dalam Kaabah dan orang Islam turut menyembah dewa itu.

“Ketika itu saya buat video menjelaskan tentang apa yang ada di dalam Kaabah. Sudah tentu orang Islam tidak tahu apa itu Shiva Lingam, jadi saya menjelaskan apa maksudnya,” katanya.

Pendakwah bebas itu berkata penjelasan itu bukan berdasarkan kefahaman sendiri, namun merujuk kamus bahasa Sanskrit dan Shiva Puranam, iaitu antara teks utama bagi agama Hindu.

“Jadi apabila saya ambil buku (kitab) Shiva Puranam dan beritahu apa maksud Shiva Linggam menurut kitab agama Hindu, di mana datangnya penghinaan dan sensitiviti?,” katanya.

Zamri berkata Rayer dan Ahli Parlimen berbangsa India lain sepatutnya meminta penjelasan penganut Hindu yang membuat dakwaan itu.

“Adakah menjawab dakwaan berkaitan Islam dianggap sebagai mencetuskan isu?

“Sepatutnya Rayer cari penganut Hindu yang membuat dakwaan itu, manakala saya hanya menjawab dan menjelaskan,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending