Connect with us

Antarabangsa

Yazan Al-Kafarneh, kanak-kanak Gaza mati kurus kering akibat kebuluran

Sumber perubatan pada Isnin melaporkan jumlah kanak-kanak maut akibat malnutrisi (kurang zat akibat kebuluran) dan tidak cukup rawatan di Gaza mencecah 16 orang berikutan kematian seorang kanak-kanak di Hospital Abu Yousef Al-Najjar di Rafah.

Wartawan TMT

Published

on

Yazan Al-Kafarneh, kanak-kanak Gaza mati kurus kering akibat kebuluran
Foto: Yazan Al-Kafarneh, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia akibat malnutrisi.
  • Sumber perubatan pada Isnin melaporkan jumlah kanak-kanak maut akibat malnutrisi (kurang zat akibat kebuluran) dan tidak cukup rawatan di Gaza mencecah 16 orang berikutan kematian seorang kanak-kanak di Hospital Abu Yousef Al-Najjar di Rafah.
  • Yazan Al-Kafarneh, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sebelum ini diselamatkan dari runtuhan, meninggal dunia akibat malnutrisi.
  • Yazan yang dalam keadaan kritikal cuba diselamatkan pihak hospital, tetapi mati akibat kekurangan oksigen dan makanan di Gaza.

Sumber perubatan pada Isnin melaporkan jumlah kanak-kanak maut akibat malnutrisi (kurang zat akibat kebuluran) dan tidak cukup rawatan di Gaza mencecah 16 orang berikutan kematian seorang kanak-kanak di Hospital Abu Yousef Al-Najjar di Rafah.

Pada Ahad, Hospital Kamal Adwan di utara Gaza menyatakan 15 kanak-kanak meninggal dunia akibat malnutrisi dan dehidrasi, dengan enam lagi dalam keadaan kritikal, lapor Al-Mamlaka TV dipetik Jordan News.

Petugas kemanusiaan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut beri amaran pada sesi Majlis Keselamatan PBB pada Selasa lalu bahawa lebih sejuta penduduk Gaza kini di ambang kebuluran.

Agensi PBB iaitu UNICEF pula melaporkan satu daripada enam kanak-kanak bawah umur dua tahun di Gaza mengalami malnutrisi akut.

Dalam konteks itu, Yazan Al-Kafarneh, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sebelum ini diselamatkan dari runtuhan, meninggal dunia akibat malnutrisi.

Yazan yang dalam keadaan kritikal cuba diselamatkan pihak hospital, tetapi mati akibat kekurangan oksigen dan makanan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending