Connect with us

Terkini

Tiada syarikat Bumiputera dalam tender tertutup projek pemasangan sistem solar Petronas, Syarikat Bumiputera wajar kesal

Syarikat Bumiputera wajar berasa kesal dengan tindakan Petronas yang melantik syarikat bukan Bumiputera iaitu Solarvest Energy bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Pengerusi MARA Corporation, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
  • Syarikat Bumiputera wajar berasa kesal dengan tindakan Petronas yang melantik syarikat bukan Bumiputera iaitu Solarvest Energy bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.
  • Bekas Pengerusi MARA Corporation, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata Petronas tersilap bukan disebabkan pemilihan akhirnya menganugerahkan projek itu kepada Solarvest.
  • Tetapi, ia kerana keputusan itu dibuat dalam tender tertutup di mana tiada satu pun daripada tiga syarikat yang dijemput untuk membida adalah milik Bumiputera sebagaimana didakwa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
  • “Orang Melayu boleh bersaing di dunia solar secara besar-besaran, tetapi tidak apabila mereka dikecualikan daripada TENDER TERTUTUP.. OLEH PETRONAS! 
  • “Memandangkan orang Melayu semakin matang dalam perniagaan sejak sebahagian kejayaan DEB (Dasar Ekonomi Baru), kami mencari kesamarataan peluang dan akan menghormati hasilnya jika diberikan ini!,” katanya menerusi ciapan di platform X pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Syarikat Bumiputera wajar berasa kesal dengan tindakan Petronas yang melantik syarikat bukan Bumiputera iaitu Solarvest Energy bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.

Bekas Pengerusi MARA Corporation, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata Petronas tersilap bukan disebabkan pemilihan akhirnya menganugerahkan projek itu kepada Solarvest.

Tetapi, ia kerana keputusan itu dibuat dalam tender tertutup di mana tiada satu pun daripada tiga syarikat yang dijemput untuk membida adalah milik Bumiputera sebagaimana didakwa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

“Orang Melayu boleh bersaing di dunia solar secara besar-besaran, tetapi tidak apabila mereka dikecualikan daripada TENDER TERTUTUP.. OLEH PETRONAS! 

“Memandangkan orang Melayu semakin matang dalam perniagaan sejak sebahagian kejayaan DEB (Dasar Ekonomi Baru), kami mencari kesamarataan peluang dan akan menghormati hasilnya jika diberikan ini!,” katanya menerusi ciapan di platform X pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim yang menolak cadangan Perkasa supaya memboikot Petronas susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera untuk kontrak pemasangan panel solar.

Zaid berkata daripada memboikot Petronas, sebaliknya orang Melayu boleh memboikot parti politik Melayu dan pemimpin yang tidak berbuat apa-apa untuk membantu orang Melayu berjaya supaya mereka boleh bersaing dengan Solarvest dan memenangi secara merit selain model ekonomi perlu diubah.

Foto: Tangkap layar ciapan Akhramsyah di platform X.

Mengulas lanjut, Akhramsyah berkata keputusan Petronas tidak menjemput satu pun syarikat bumiputera untuk tender adalah lebih serius memandangkan ia dilakukan hampir seminggu selepas kerajaan Madani menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, di mana Ketua Pegawai Eksekutif Petronas duduk dalam panel sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Gading Kencana, Datuk Dr Ir Muhammad Guntor Tobeng.

Beliau berkata Guntor, seorang individu Melayu diakui sebagai “raja solar Malaysia” dan Gading Kencana adalah pemain mapan dalam bidang itu.

Malah, katanya panel itu dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

“Jadi rungutan itu benar,” katanya yang turut memuat naik kenyataan media daripada DPMM yang meluahkan kekesalan dengan tindakan Petronas itu. — The Merdeka Times

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending