Connect with us

Terkini

Terima ugutan bunuh, Firdaus Wong buat enam laporan polis

Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan polis terhadap lima individu berhubung fitnah dan ugutan bunuh diterima beliau dan keluarga.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan polis terhadap lima individu berhubung fitnah dan ugutan bunuh diterima beliau dan keluarga.
  • Firdaus Wong berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada petang tadi dan disifatkannya sebagai permulaan kerana kemungkinan lebih banyak laporan akan dibuat ke atas individu yang memfitnah beliau.
  • “Satu laporan ugutan bunuh terhadap saya dan ahli keluarga. Satu laporan ugutan pukul dan selebihnya adalah kerana memfitnah saya.
  • “Ugut dan fitnahlah saya macam mana pun, sesekali saya tidak pernah gentar dan akan meneruskan dakwah saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Firdaus Wong bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut ugutan bunuh dan pukul yang diterimanya adalah berhubung isu apa, begitu juga dengan bentuk fitnah yang dilemparkan ke atas beliau hingga menyebabkan beberapa laporan polis dibuat hari ini.

KUALA LUMPUR — Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan polis terhadap lima individu berhubung fitnah dan ugutan bunuh diterima beliau dan keluarga.

Firdaus Wong berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada petang tadi dan disifatkannya sebagai permulaan kerana kemungkinan lebih banyak laporan akan dibuat ke atas individu yang memfitnah beliau.

“Satu laporan ugutan bunuh terhadap saya dan ahli keluarga. Satu laporan ugutan pukul dan selebihnya adalah kerana memfitnah saya.

“Ugut dan fitnahlah saya macam mana pun, sesekali saya tidak pernah gentar dan akan meneruskan dakwah saya.

“Saya sering nasihatkan sahabat jangan bertindak di luar batasan agama dan undang-undang so let me walk the talk as well dengan membiarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Foto: Tangkap layar hantaran Firdaus Wong di Facebook.

Firdaus Wong bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut ugutan bunuh dan pukul yang diterimanya adalah berhubung isu apa, begitu juga dengan bentuk fitnah yang dilemparkan ke atas beliau hingga menyebabkan beberapa laporan polis dibuat hari ini.

“In Sha Allah saya juga akan susuli dengan saman fitnah terhadap mereka ini. Jazakumullahu Khairan atas doa dan sokongan sahabat semua,” katanya.

Pendakwah bebas itu sebelum ini menarik perhatian masyarakat, termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata dari DAP, Chiong Yoke Kong yang mempersoalkan tindakan beliau menghebahkan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di media sosialnya. 

Chiong Yoke Kong yang juga bekas ketua editor Roket berkata, Firdaus Wong sepatutnya melaporkan isu itu kepada pihak polis dan membiarkan penguatkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan lanjut sewajarnya, bukan menularkan isu tersebut di media sosial.— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *