Connect with us

Antarabangsa

Perisikan AS beri amaran kerajaan Netanyahu ‘mungkin dalam bahaya’

Komuniti perisikan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa kerajaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu “mungkin dalam bahaya” di tengah-tengah peningkatan sentimen tidak puas hati terhadap kepimpinannya.

Wartawan TMT

Published

on

Perisikan AS beri amaran kerajaan Netanyahu 'mungkin dalam bahaya'
Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • Komuniti perisikan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa kerajaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu “mungkin dalam bahaya” di tengah-tengah peningkatan sentimen tidak puas hati terhadap kepimpinannya.
  • “Kemampuan Netanyahu sebagai pemimpin termasuk gabungan pemerintahannya (melibatkan) parti sayap kanan dan ultraortodoks yang menjalankan dasar-dasar keras ke atas warga Palestin dengan isu-isu keselamatan mungkin dalam keadaan terancam,” kata Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan (ODNI) dalam laporan yang didedahkan kepada umum Isnin lalu dipetik agensi berita Anadolu.

Komuniti perisikan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa kerajaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu “mungkin dalam bahaya” di tengah-tengah peningkatan sentimen tidak puas hati terhadap kepimpinannya.

“Kemampuan Netanyahu sebagai pemimpin termasuk gabungan pemerintahannya (melibatkan) parti sayap kanan dan ultraortodoks yang menjalankan dasar-dasar keras ke atas warga Palestin dengan isu-isu keselamatan mungkin dalam keadaan terancam,” kata Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan (ODNI) dalam laporan yang didedahkan kepada umum Isnin lalu dipetik agensi berita Anadolu.

“Ketidakpercayaan terhadap keupayaan Netanyahu untuk memerintah semakin meningkat dalam kalangan orang ramai walaupun sebelum perang ketidakpuasan hati terhadapnya sudah sedia ada  tinggi, dan kami jangkakan bantahan besar menuntut peletakan jawatannya dan pilihan raya yang baharu. Kerajaan yang berbeza dan lebih sederhana menjadi satu kemungkinan,” katanya.

Gagal menyelesaikan peperangan yang masuk hari ke-157 menyebabkan Netanyahu kini berdepan tuntutan peletakan jawatan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyatnya sendiri.– The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending