Connect with us

Antarabangsa

Menteri rejim zionis Israel mahu Rafah diserang sekarang

Menteri Keselamatan Israel pada Selasa menggesa untuk melancarkan serangan darat ke atas Rafah yang juga tempat perlindungan kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin di hujung selatan Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir (tengah).
  • Menteri Keselamatan Israel pada Selasa menggesa untuk melancarkan serangan darat ke atas Rafah yang juga tempat perlindungan kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin di hujung selatan Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
  • “Kita harus memasuki Rafah sekarang,” kata Itamar Ben-Gvir kepada Israeli Army Radio dipetik MEMO semalam.
  • Seruannya itu dibuat sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata segera di Gaza pada bulan mulia umat Islam iaitu Ramadan.
  • Empat belas negara mengundi menyokong resolusi dibentangkan 10 ahli Majlis yang dipilih, tiada undian menentang, manakala Amerika Syarikat (AS) berkecuali daripada mengundi.
  • “Saya mengingatkan kamu bahawa kami telah berperang beberapa kali tanpa sokongan AS dan seluruh dunia,” kata Ben-Gvir.

Menteri Keselamatan Israel pada Selasa menggesa untuk melancarkan serangan darat ke atas Rafah yang juga tempat perlindungan kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin di hujung selatan Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

“Kita harus memasuki Rafah sekarang,” kata Itamar Ben-Gvir kepada Israeli Army Radio dipetik MEMO semalam.

Seruannya itu dibuat sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata segera di Gaza pada bulan mulia umat Islam iaitu Ramadan.

Empat belas negara mengundi menyokong resolusi dibentangkan 10 ahli Majlis yang dipilih, tiada undian menentang, manakala Amerika Syarikat (AS) berkecuali daripada mengundi.

“Saya mengingatkan kamu bahawa kami telah berperang beberapa kali tanpa sokongan AS dan seluruh dunia,” kata Ben-Gvir.

AS menentang rancangan Israel untuk melancarkan serangan darat ke atas Rafah, di mana berlindungnya lebih 1.4 juta orang daripada serangan berterusan Israel di wilayah Gaza.

Lebih 32,400 rakyat Palestin terbunuh sejak itu dan hampir 74,800 yang lain cedera di tengah-tengah kemusnahan besar dan kekurangan barang-barang keperluan. – The Merdeka times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending