Connect with us

Terkini

KDN nafi 1.2 juta warga China tidak keluar dari Malaysia

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan terdapat 1.2 juta warga China tidak keluar dari Malaysia dalam tempoh ditetapkan.

Hidayah Sani

Published

on

KDN nafi 1.2 juta warga China tidak keluar dari Malaysia
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan).
  • “Kenyataan bahawa 1.2 juta orang China masuk (Malaysia tapi) tak keluar, cukuplah.
  • “Itu dakwaan yang tersasar sama sekali, tak boleh dipertahankan berdasarkan fakta dan angka yang saya bentangkan tadi,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat pada Isnin.
  • Beliau memberi jawapan balas kepada soalan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad berkenaan 1.2 juta pelancong China dikatakan masuk ke Malaysia sejak 2018, namun tidak keluar dalam tempoh ditetapkan.
  • Beliau berkata warga asing yang masih berada di negara ini adalah pemegang pas jangka panjang yang tempohnya boleh jadi tiga atau lima tahun.
  • “Selama mereka memegang pas ini ada tempoh mereka dibenarkan tinggal, jadi ada rekod mereka tak keluar,” katanya.

KUALA LUMPUR — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan terdapat 1.2 juta warga China tidak keluar dari Malaysia dalam tempoh ditetapkan.

Saifuddin berkata dakwaan sedemikian adalah jauh tersasar dan tidak boleh dipertahankan berdasarkan fakta dan angka yang dibentangkan beliau di Dewan Rakyat pada Isnin.

“Kenyataan bahawa 1.2 juta orang China masuk (Malaysia tapi) tak keluar, cukuplah.

“Itu dakwaan yang tersasar sama sekali, tak boleh dipertahankan berdasarkan fakta dan angka yang saya bentangkan tadi,” maklum balas beliau kepada soalan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad berkenaan 1.2 juta pelancong China dikatakan masuk ke Malaysia sejak 2018, namun tidak keluar dalam tempoh ditetapkan.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga tempoh 31 Disember 2023, ketibaan warga asing di negara ini hampir 46 juta, kemudian yang pulang ke negara asal lebih kurang 39 juta. 

Beliau berkata warga asing yang masih berada di negara ini adalah pemegang pas jangka panjang yang tempohnya boleh jadi tiga atau lima tahun.

“Ada juga warga asing yang masuk kemudian terlebih tinggal tetapi kita buka Program Rekalibrasi, mereka daftar. Jumlahnya lebih kurang satu juta. 

“Pas jangka panjang lebih kurang 2.6 juta. Warga asing yang berdaftar rekalibrasi, terlebih tinggal tetapi mereka daftar dengan kita, mereka munculkan diri. Daftar. Rekod imigresen pegang,” katanya.

Saifuddin menjelaskan  warga asing yang ada di negara ini melibatkan pelbagai jenis pas termasuk Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Sosial Suami Isteri kepada Warganegara, Pas Diplomat, Pas Pelajar, Pas Residen, Pas Penggajian dan pelbagai lagi jenis pas.

“Selama mereka memegang pas ini ada tempoh mereka dibenarkan tinggal, jadi ada rekod mereka tak keluar,” katanya.

Media melaporkan pada 2022, lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

KDN ketika itu memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Bagaimanapun, jumlah warga China keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending