Terkini
1.2 juta warga China tidak keluar Malaysia, menteri santai sahaja – Wartawan Veteran
Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menyuarakan kebimbangan dengan laporan berita kehadiran 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini.

- Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menyuarakan kebimbangan dengan laporan berita kehadiran 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini.
- “Jadi apa yang berlaku kepada 1,222,278 orang lagi? Kerajaan China tak bising dan Menteri-menteri Malaysia pun santai (relaxed) saja. Tidak pun ada laporan 1.2 juta pelancong China diculik atau didagangkan. Silap-silap mereka jadi pedagang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad lalu.
- “Jangan main-main. Kalaulah betul rekod Jabatan Imigresen ini, susah dan bahaya kita.
- “Bayangkan beban dan bahaya 1.2 juta warganegara China diam-diam tinggal di negara kita. Beras subsidi yang mereka makan saja sudah cukup membebankan,” katanya.
- A Kadir berkata kehadiran warganegara China dan negara lain secara senyap ke Malaysia boleh merosakkan ciri-ciri MADANI.
KUALA LUMPUR — Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menyuarakan kebimbangan dengan laporan berita kehadiran 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini.
Menurutnya, media massa ada memetik jawapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada Parlimen sebagai berkata, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia mendapati seramai 7,177,043 warganegara China masuk Malaysia bagi tempoh 2018 hingga 2021.
Bagaimanapun bilangan yang keluar bagi tempoh sama hanyalah seramai 5,954,765 individu.
“Jadi apa yang berlaku kepada 1,222,278 orang lagi? Kerajaan China tak bising dan Menteri-menteri Malaysia pun santai (relaxed) saja. Tidak pun ada laporan 1.2 juta pelancong China diculik atau didagangkan. Silap-silap mereka jadi pedagang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad lalu.
A Kadir berkata bilangan 1.2 juta itu bukan sedikit kerana ia hampir sama bilangan penduduk Kelantan dan lebih empat kali ganda penduduk Perlis.
“Jangan main-main. Kalaulah betul rekod Jabatan Imigresen ini, susah dan bahaya kita.
“Bayangkan beban dan bahaya 1.2 juta warganegara China diam-diam tinggal di negara kita. Beras subsidi yang mereka makan saja sudah cukup membebankan,” katanya yang juga merupakan Tokoh Kewartawan Negara.
Mengulas lanjut, A Kadir berkata China merupakan negara komunis yang mempunyai hanya satu parti politik iaitu Parti Komunis China (CCP) dan memiliki 96 juta ahli dalam parti itu.
Katanya, kehadiran warganegara China dan negara lain secara senyap ke Malaysia boleh merosakkan ciri-ciri MADANI.
Antara ciri masyarakat MADANI adalah orang ramai hidup aman damai, menghormati antara satu sama lain, berbudi bahasa, sopan dan bebas menyatakan pendirian dengan wajar.
“Hanya oleh sebab seorang pelawat China disekat masuk, Menteri Madani “serbu” Imigresen KLIA. Maka perempuan China itu pun, khabarnya, dibenarkan masuk. Dilaporkan pula yang dia ini masuk tanpa tiket pulang dan akan “bekerja” sebagai pengasuh.
“Menteri Buruh ada maklumat ka? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pun kena siasat. Manalah tahu ada unsur rasuah bersabit kedatangan perempuan ini,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, mengakui beliau merupakan individu yang dilaporkan terbabit dalam kekecohan di ruang ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bagaimanapun, King Sing menafikan tuduhan bahawa kekecohan itu timbul kerana beliau menuntut Jabatan Imigresen membebaskan pelawat dari China.
“Saya bersyukur, kerana kehadiran saya di KLIA telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa kronik di pintu masuk negara,” dakwa menteri itu dalam satu kenyataan. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook A Kadir Jasin
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular