Connect with us

Terkini

Dakwaan rasuah KLIA: SPRM ambil keterangan menteri, dua warga China

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan tiga saksi termasuk seorang menteri berhubung dakwaan isu rasuah yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

Dakwaan rasuah KLIA: SPRM ambil keterangan menteri, dua warga China
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ambil keterangan tiga saksi termasuk seorang menteri berhubung dakwaan isu rasuah yang berlaku di KLIA baru-baru ini.
  • Turut diambil keterangan ialah dua orang saksi utama masing-masing merupakan warga China.
  • “Beberapa orang pegawai imigresen yang terlibat juga akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara itu hari ini.
  • “Pada masa sama, SPRM juga telah mengenalpasti seorang individu disyaki menjadi orang tengah dalam ‘menyelesaikan’ kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya tadi.
  • Pihaknya sedang giat mengesan individu yang merupakan seorang agen selain dikatakan telah meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes disiasat dibawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan tiga saksi termasuk seorang menteri berhubung dakwaan isu rasuah yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menurut sumber, turut diambil keterangan ialah dua orang saksi utama masing-masing merupakan warga China.

Katanya, satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesahkan perkara berkenaan.

“Beberapa orang pegawai imigresen yang terlibat juga akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara itu hari ini.

“Pada masa sama, SPRM juga telah mengenalpasti seorang individu disyaki menjadi orang tengah dalam ‘menyelesaikan’ kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya tadi.

Jelasnya lagi, pihaknya sedang giat mengesan individu yang merupakan seorang agen selain dikatakan telah meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Katanya, kes disiasat dibawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

“Saya mengesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, mengakui beliau merupakan individu yang dilaporkan terbabit dalam kekecohan di ruang ketibaan antarabangsa KLIA.

Bagaimanapun, King Sing menafikan tuduhan bahawa kekecohan itu timbul kerana beliau menuntut Jabatan Imigresen membebaskan pelawat dari China.

“Saya bersyukur, kerana kehadiran saya di KLIA telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa kronik di pintu masuk negara,” dakwanya dalam satu kenyataan. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending