Connect with us

Antarabangsa

3,500 lagi unit penempatan haram di wilayah Palestin diduduki diluluskan rejim Israel

Pihak berkuasa perancangan penempatan Israel pada Rabu memberikan kelulusan kepada hampir 3,500 unit perumahan penempatan haram baharu di wilayah Palestin yang diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

3,500 lagi unit penempatan haram di wilayah Palestin diduduki diluluskan rejim Israel
Foto: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich.
  • Pihak berkuasa perancangan penempatan Israel pada Rabu memberikan kelulusan kepada hampir 3,500 unit perumahan penempatan haram baharu di wilayah Palestin yang diduduki.
  • Al Jazeera melaporkan kelulusan itu merupakan yang pertama sedemikian sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.
  • Penempatan Israel telah lama dilihat sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa, dan penghalang kepada tertubuhnya negara Palestin oleh masyarakat antarabangsa.
  • Pegawai terlibat berkata pembinaan terkini di Maale Adumim, Kedar dan Efrat adalah tindakan balas terhadap insiden tembakan yang menyasarkan peneroka haram Israel Februari lalu.
  • “Musuh cuba mencederakan dan melemahkan kami, tetapi kami akan terus membina dan terbina di atas tanah ini,” kata Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich yang bertanggungjawab dalam hal ehwal awam Tebing Barat di platform X.

Pihak berkuasa perancangan penempatan Israel pada Rabu memberikan kelulusan kepada hampir 3,500 unit perumahan penempatan haram baharu di wilayah Palestin yang diduduki.

Al Jazeera melaporkan kelulusan itu merupakan yang pertama sedemikian sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

Penempatan Israel telah lama dilihat sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa, dan penghalang kepada tertubuhnya negara Palestin oleh masyarakat antarabangsa.

Pegawai terlibat berkata pembinaan terkini di Maale Adumim, Kedar dan Efrat adalah tindakan balas terhadap insiden tembakan yang menyasarkan peneroka haram Israel Februari lalu.

“Musuh cuba mencederakan dan melemahkan kami, tetapi kami akan terus membina dan terbina di atas tanah ini,” kata Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich yang bertanggungjawab dalam hal ehwal awam Tebing Barat di platform X.

Smotrich berkata pembinaan itu adalah tambahan kepada 18,515 unit rumah di penempatan haram yang diluluskan pada tahun lalu.

Rancangan Israel membina beribu-ribu rumah baharu di Tebing Barat yang diduduki kini menerima kecaman meluas beberapa negara, termasuk sekutu setia Tel Aviv seperti Jerman, UAE dan Bahrain. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending