Connect with us

Terkini

Solidariti Palestin, Malaysia salur sumbangan tambahan USD2.1 juta kepada UNRWA – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia membuat sumbangan tambahan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berjumlah AS$2.1 juta (RM10 juta) selain bantuan tahunan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia membuat sumbangan tambahan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berjumlah AS$2.1 juta (RM10 juta) selain bantuan tahunan.
  • Sumbangan turut disalurkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) berjumlah AS$250,000 (RM1.2 juta) dan AS$500,000 (RM 2.4 juta) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).
  • Anwar berkata Malaysia bersetuju meningkatkan bantuan kewangan kepada UNRWA susulan tindakan beberapa negara besar menghentikan sumbangan mereka kepada agensi PBB itu.
  • “Saya turut sampaikan penghargaan buat Presiden Sisi dan Kerajaan Mesir atas peranan penting mereka membantu mempermudahkan urusan penghantaran 100 tan bantuan kemanusiaan bernilai AS$1.2 juta dari Malaysia kepada warga Palestin di Gaza. 
  • “Kami berdua senada dalam menzahirkan komitmen berterusan membantu saudara kita di Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia membuat sumbangan tambahan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berjumlah AS$2.1 juta (RM10 juta) selain bantuan tahunan.

Sumbangan turut disalurkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) berjumlah AS$250,000 (RM1.2 juta) dan AS$500,000 (RM 2.4 juta) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).

Anwar berkata Malaysia bersetuju meningkatkan bantuan kewangan kepada UNRWA susulan tindakan beberapa negara besar menghentikan sumbangan mereka kepada agensi PBB itu.

“Petang semalam saya sempat berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi. Dalam perbualan telefon itu, saya zahirkan ucapan tahniah atas kemenangannya dalam pilihan raya Mesir.

“Saya turut sampaikan penghargaan buat Presiden Sisi dan Kerajaan Mesir atas peranan penting mereka membantu mempermudahkan urusan penghantaran 100 tan bantuan kemanusiaan bernilai AS$1.2 juta dari Malaysia kepada warga Palestin di Gaza. 

“Kami berdua senada dalam menzahirkan komitmen berterusan membantu saudara kita di Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, media melaporkan enam negara Eropah menghentikan sementara pembiayaan untuk UNRWA berikutan dakwaan beberapa kakitangan agensi itu terbabit dalam insiden 7 Oktober lalu.

Britain, Jerman, Itali, Belanda, Switzerland dan Finland menyertai Amerika Syarikat (AS), Australia dan Kanada dalam menghentikan sementara pembiayaan sumber sokongan kritikal untuk penduduk di Gaza, selepas dakwaan Israel.

Menurut Anwar, beberapa Ahli Parlimen Malaysia daripada blok kerajaan dan pembangkang saat ini sedang dalam perjalanan ke sempadan Rafah bagi menyatakan sokongan buat Mesir dan membantu urusan penghantaran bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke Gaza.

“Alhamdulillah, Presiden Sisi dan Kerajaan Mesir membantu urusan wakil kita dan semua Ahli Parlimen Malaysia telah diberi kebenaran untuk mengunjungi sempadan Rafah,” katanya. — The Merdeka Times

Author