Connect with us

Terkini

Buku LGBT: KDN ambil sampel, kaji sebelum tindakan lanjut

Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menunggu laporan kajian berkenaan penerbitan buku tentang LGBT yang dijual di sebuah kedai buku ternama sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menunggu laporan kajian berkenaan penerbitan buku tentang LGBT yang dijual di sebuah kedai buku ternama sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
  • Sumber KDN memaklumkan sampel atau bahan bacaan itu telah diambil semalam susulan laporan media bagi menjalankan kajian dan siasatan lanjut.
  • Tindakan itu diambil mengikut peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, katanya kepada The Merdeka Times (TMT) ketika dihubungi hari ini.
  • TMT semalam melaporkan seorang pengguna media sosial meluahkan kebimbangan tentang bahaya kandungan buku ‘The (nearly) Teenage Girl’s Guide to (almost) Everything – How to stay healthy and happy in adolescence’ yang didakwa secara terang-terangan mengajar anak-anak tentang LGBT.

KUALA LUMPUR — Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menunggu laporan kajian berkenaan penerbitan buku tentang LGBT yang dijual di sebuah kedai buku ternama sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Sumber KDN memaklumkan sampel atau bahan bacaan itu telah diambil semalam susulan laporan media bagi menjalankan kajian dan siasatan lanjut.

Tindakan itu diambil mengikut peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, katanya kepada The Merdeka Times (TMT) ketika dihubungi hari ini.

TMT semalam melaporkan seorang pengguna media sosial meluahkan kebimbangan tentang bahaya kandungan buku ‘The (nearly) Teenage Girl’s Guide to (almost) Everything – How to stay healthy and happy in adolescence’ yang didakwa secara terang-terangan mengajar anak-anak tentang LGBT.

Pengguna media sosial bernama Hanis Athirah Rusli berkata buku itu tidak sepatutnya berada dalam kedai buku umum, di mana awalnya kebimbangan itu dibangkitkan rakan Facebook beliau yang menemui buku berkenaan di MPH Bookstore di bahagian ‘Highlight’.

Hanis turut berkongsikan maklum balas pihak MPH berkenaan kandungan buku itu yang dimaklumkan, ia akan dialihkan kepada rak dewasa dan pembaca matang, namun penjualannya akan diteruskan. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending