Terkini
Buku tentang LGBT, onani sebagai ‘seks selamat’ dijual di MPH bangkitkan kebimbangan
Seorang pengguna media sosial meluahkan kebimbangan tentang bahaya kandungan buku ‘The (nearly) Teenage Girl’s Guide to (almost) Everything – How to stay healthy and happy in adolescence’ yang didakwa secara terang-terangan mengajar anak-anak tentang LGBT.

- Seorang pengguna media sosial meluahkan kebimbangan tentang bahaya kandungan buku ‘The (nearly) Teenage Girl’s Guide to (almost) Everything – How to stay healthy and happy in adolescence’ yang didakwa secara terang-terangan mengajar anak-anak tentang LGBT.
- Pengguna media sosial bernama Hanis Athirah Rusli berkata buku sebegitu tidak sepatutnya berada dalam kedai buku umum, di mana awalnya kebimbangan itu dibangkitkan rakan Facebook beliau yang menemui buku itu di MPH Bookstore di bahagian ‘Highlight’.
- “Muka surat 24- WHO AM I? Mengajak pembaca mempersoalkan identiti sendiri dan mengkaji diri sehingga menemui “diri” mereka yang sebenar, jika ia berbeza dari identiti mereka dilahirkan. Ia menerangkan jenis-jenis sexuality LG***.
- “Muka surat tak pasti – penerangan tentang masturbation (onani) yang dijelaskan seperti bagus, selamat, mengujakan dan membantu hubungan seks,” katanya yang turut memuat naik beberapa foto kandungan buku terbabit di media soialnya pada Isnin.
- Perkongsian Hanis mendapat perhatian Presiden WAFIQ, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang dikenali sebagai sangat lantang menentang sebarang usaha menormalisasikan LGBTQ di negara ini.
- Beliau memohon semua ibu bapa dan warga Malaysia yang menjunjung nilai-nilai murni kekeluargaan membuat bantahan dan laporan kepada kedai-kedai buku yang menjual buku-buku sebegini.
KUALA LUMPUR — Seorang pengguna media sosial meluahkan kebimbangan tentang bahaya kandungan buku ‘The (nearly) Teenage Girl’s Guide to (almost) Everything – How to stay healthy and happy in adolescence’ yang didakwa secara terang-terangan mengajar anak-anak tentang LGBT.
Pengguna media sosial bernama Hanis Athirah Rusli berkata buku sebegitu tidak sepatutnya berada dalam kedai buku umum, di mana awalnya kebimbangan itu dibangkitkan rakan Facebook beliau yang menemui buku itu di MPH Bookstore di bahagian ‘Highlight’.
Hanis berkata beliau tergamam semasa membaca kandungan buku tersebut yang dilihat terlalu banyak jarum halus untuk menggalakkan perbuatan haram itu yang menusuk halus dalam diri anak-anak menerusi penulisan buku.

Foto : Kandungan buku ‘The (nearly) Teenage Girl’s Guide to (almost) Everything – How to stay healthy and happy in adolescence’ dikongsikan Hanis di IG/FB.
“Buku ini sangat tidak patut berada dalam kedai buku umum. Anak-anak yang naif dan ibu bapa yang tertarik dengan cover buku ni boleh tersilap beli SANGAT BAHAYA.
“Muka surat 24- WHO AM I? Mengajak pembaca mempersoalkan identiti sendiri dan mengkaji diri sehingga menemui “diri” mereka yang sebenar, jika ia berbeza dari identiti mereka dilahirkan. Ia menerangkan jenis-jenis sexuality LG***.
“Muka surat 25- What’s gender? Buku panduan untuk gadis remaja ini menyatakan anak gadis tidak semestinya menjadi budak perempuan atau wanita. Anak gadis boleh jadi jantina lain atau tiada jantina.
“Muka surat tak pasti – penerangan tentang masturbation (onani) yang dijelaskan seperti bagus, selamat, mengujakan dan membantu hubungan seks. Muka surat 47- What if a women doesn’t want to be pregnant? Menurut buku ini, jika seorang wanita tidak mahu mengandung, dia boleh menggugurkan kandungan,” katanya yang turut memuat naik beberapa foto kandungan buku terbabit di media sosialnya pada Isnin.

Foto : Kandungan buku ‘The (nearly) Teenage Girl’s Guide to (almost) Everything – How to stay healthy and happy in adolescence’ dikongsikan Hanis di IG/FB.
Menerusi hantaran berbeza di Facebook, Hanis berkongsikan maklum balas pihak MPH berkenaan kandungan buku terbabit yang dimaklumkan buku itu akan dialihkan kepada rak dewasa dan pembaca matang, namun penjualannya akan diteruskan.
Beliau berkata pengajaran boleh diambil daripada isu itu adalah semua pihak perlu lebih berhati-hati dalam memilih buku untuk bacaan anak-anak.
“Walaupun nampak cover mesra kanak-kanak, tetapi siapa sangka content di dalam penuh jarum halus yang mempengaruhi tindakan luar fitrah.
“Nak tak nak, kita sebagai ibu bapa perlu menjadi lebih proaktif dalam menyemak dan memahami apa yang anak-anak kita baca.
“Semoga kita dapat mengekalkan persekitaran bacaan yang positif dan mendidik dalam kehidupan harian bersama anak-anak dan akan ada kesedaran untuk memastikan anak-anak menerima bahan bacaan yang selaras dan selamat dengan nilai-nilai agama insyaAllah,” katanya.

Foto : Tangkap layar maklum balas MPH Bookstores dikongsikan Hanis di FB
Dalam pada itu, perkongsian Hanis turut mendapat perhatian Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang dikenali sebagai sangat lantang menentang sebarang usaha menormalisasikan LGBTQ di negara ini.
Beliau memohon semua ibu bapa dan warga Malaysia yang menjunjung nilai-nilai murni kekeluargaan membuat bantahan dan laporan kepada kedai-kedai buku yang menjual buku-buku sebegini. — The Merdeka Times
