Connect with us

Antarabangsa

Mahu pecah rekod anak teramai, lelaki Jepun jadi ‘surirumah’ dan kahwin empat isteri

Berhasrat untuk mencipta nama dalam sejarah Jepun dengan memecahkan rekod Shogun Tokugawa Ienari yang mempunyai 53 anak, seorang lelaki Jepun berusia 35 tahun mempunyai empat isteri dan dua teman wanita.

Wartawan TMT

Published

on

Mahu pecah rekod anak teramai, lelaki Jepun jadi ‘surirumah’ dan kahwin empat isteri
Foto: Lelaki jepun yang berhasrat untuk memecahkan rekod anak teramai, Watanabe Ryuta.
  • Berhasrat untuk mencipta nama dalam sejarah Jepun dengan memecahkan rekod Shogun Tokugawa Ienari yang mempunyai 53 anak, seorang lelaki Jepun berusia 35 tahun mempunyai empat isteri dan dua teman wanita.
  • Watanabe Ryuta yang tinggal di Sapporo bersama tiga isteri dan anak-anaknya (isteri keempat menetap berasingan) itu juga tidak bekerja sejak 10 tahun lalu dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan isteri dan teman wanitanya.
  • Lelaki yang menjadi ‘surirumah’ sepenuh masa dan setakat ini mempunyai tiga anak, berusia di antara lima bulan hingga dua tahun, berhasrat menambah isteri lagi.
  • “Saya mahu memintas dia (Tokugawa Ienari). Oleh itu, saya mahu mempunyai 54 orang anak, jadi nama saya akan dicatat dalam sejarah. Saya masih mencari isteri baru,” kata Ryuta dipetik portal 8days pada Ahad.
  • Tokugawa Ienari adalah tokoh shogun (panglima perang pemerintah) di zaman feudal Jepun, sekitar lewat 1700-an hingga awal 1800-an, yang mempunyai 53 anak iaitu rekod anak teramai dalam sejarah negara matahari terbit itu.
  • Undang-undang Jepun secara umumnya tidak membenarkan rakyatnya untuk berpoligami atau mempunyai lebih dari satu isteri.

Berhasrat untuk mencipta nama dalam sejarah Jepun dengan memecahkan rekod Shogun Tokugawa Ienari yang mempunyai 53 anak, seorang lelaki Jepun berusia 35 tahun mempunyai empat isteri dan dua teman wanita.

Watanabe Ryuta yang tinggal di Sapporo bersama tiga isteri dan anak-anaknya (isteri keempat menetap berasingan) itu juga tidak bekerja sejak 10 tahun lalu dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan isteri dan teman wanitanya.

Lelaki yang menjadi ‘surirumah’ sepenuh masa dan setakat ini mempunyai tiga anak, berusia di antara lima bulan hingga dua tahun, berhasrat menambah isteri lagi.

“Saya mahu memintas dia (Tokugawa Ienari). Oleh itu, saya mahu mempunyai 54 orang anak, jadi nama saya akan dicatat dalam sejarah. Saya masih mencari isteri baru,” kata Ryuta dipetik portal 8days pada Ahad.

Tokugawa Ienari adalah tokoh shogun (panglima perang pemerintah) di zaman feudal Jepun, sekitar lewat 1700-an hingga awal 1800-an, yang mempunyai 53 anak iaitu rekod anak teramai dalam sejarah negara matahari terbit itu.

Kisah “perjanjian unik” keluarga Ryuta sebelum ini telah disiarkan dalam program infotainment Jepun, Abema Prime.

Ryuta mempunyai dua anak dengan isteri pertama yang berusia 22 tahun. Isteri keduanya tidak mendedahkan umurnya, manakala isteri ketiga berumur 27 tahun baru melahirkan anaknya berusia lima bulan.

Isteri keempat Ryuta berusia 24 tahun dan tidak menetap bersama keluarga itu.

Ryuta dilaporkan memainkan peranan sebagai ‘surirumah’ yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk semua orang di dalam rumah itu, melakukan kerja rumah dan menjaga anak-anak.

Perbelanjaan isi rumahnya yang mencecah hampir S$8,000 sebulan dibahagikan antara isteri dan teman wanitanya, termasuk mereka yang tidak tinggal bersamanya.

Undang-undang Jepun secara umumnya tidak membenarkan rakyatnya untuk berpoligami atau mempunyai lebih dari satu isteri.

Ryuta bagaimanapun menggunakan taktik kahwin cerai yang mana jika dia ingin berkahwin dengan seorang wanita lagi selepas pasangannya, beliau akan bercerai supaya perkahwinan seterusnya adalah sah di sisi undang-undang Jepun.

Dengan cara itu, lelaki Jepun itu dan isteri serta bekas pasangannya dapat menetap bersama-sama. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending