Connect with us

Terkini

Tidak wajar kaitkan ribut solar tanda kiamat – Mufti Pulau Pinang

Tindakan segelintir pihak mengaitkan fenomena ribut suria pada 2024 dan keadaan bumi bergelap bagi tempoh tertentu sebagai tanda kiamat boleh mencetuskan suasana panik dan kegusaran orang awam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tidak wajar kaitkan ribut solar tanda kiamat – Mufti Pulau Pinang
Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Tindakan segelintir pihak mengaitkan fenomena ribut suria pada 2024 dan keadaan bumi bergelap bagi tempoh tertentu sebagai tanda kiamat boleh mencetuskan suasana panik dan kegusaran orang awam.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, umat Islam seharusnya merujuk sumber berautoriti dan tidak menyebarkan perkara yang tidak pasti. 
  • “Keimanan kita terhadap hari kiamat yang pasti akan terjadi adalah berdasarkan panduan daripada al-Quran dan as-Sunnah, jadi marilah kita menginsafi dan menghayati kekuasaan Allah SWT serta kebesaran-Nya di sebalik fenomena ini,” katanya dipetik Buletin TV3 di Georgetown, pada Sabtu. 

KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir pihak mengaitkan fenomena ribut suria pada 2024 dan keadaan bumi bergelap bagi tempoh tertentu sebagai tanda kiamat boleh mencetuskan suasana panik dan kegusaran orang awam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, umat Islam seharusnya merujuk sumber berautoriti dan tidak menyebarkan perkara yang tidak pasti. u

“Keimanan kita terhadap hari kiamat yang pasti akan terjadi adalah berdasarkan panduan daripada al-Quran dan as-Sunnah, jadi marilah kita menginsafi dan menghayati kekuasaan Allah SWT serta kebesaran-Nya di sebalik fenomena ini,” katanya dipetik Buletin TV3 di Georgetown pada Sabtu. 

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata dalam Islam, perkara yang akan berlaku di masa hadapan tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah SWT.

Malah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengetahui mengenai perkara ghaib dan masa akan datang berdasarkan wahyu yang disampaikan kepada Baginda. 

“Berdasarkan pedoman al-Quran dan hadis, kejadian bumi bergelap atau matahari tidak kelihatan hanya berlaku dalam tiga keadaan iaitu ketika malam hari, gerhana matahari dan menjelang terbit matahari dari barat sebagai antara tanda besar hari kiamat.

“Dalam riwayat hadis dinyatakan bahawa matahari tidak kelihatan selama dua atau tiga hari sebelum ia muncul semula dari barat,” katanya.

Wan Salim berkata Rasulullah SAW juga mengingatkan dengan terbit matahari dari barat bermaksud pintu taubat bagi sekalian manusia sudah ditutup.

“Fenomena ribut suria yang dijangka melanda bumi bermula awal tahun hadapan pula adalah satu fenomena biasa yang bukan pertama kali berlaku dan boleh dijangka kejadian seterusnya oleh ahli astronomi.

“Ia adalah sebahagian daripada aktiviti rutin matahari dan berdasarkan kajian daripada badan berautoriti yang berkaitan, ia dijangka memberi kesan kepada bumi tetapi pada kadar yang minima,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MySA) Azlikamil Napiah menasihati orang ramai supaya tidak panik susulan kenyataan saintis dari United Kingdom yang mengeluarkan amaran terjadinya solar storm atau fenomena ribut solar tahun depan.

Azlikamil dilaporkan berkata fenomena ribut solar memang kerap berlaku pada matahari dan ia adalah proses semula jadi pada matahari. — The Merdeka Times

Author