Terkini
Tiada tolak ansur kepada pihak gagal guna bahasa Kebangsaan dengan baik – PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan secara baik terutamanya ketika berurusan dengan pihak kerajaan.
![Tiada tolak ansur kepada pihak gagal guna bahasa Kebangsaan dengan baik - PM](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2023/12/UP-A-Tiada-tolak-ansur-kepada-pihak-gagal-guna-bahasa-Kebangsaan-dengan-baik-PM-01.jpg)
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan secara baik terutamanya ketika berurusan dengan pihak kerajaan.
- Beliau mahukan semua rakyat di negara ini termasuk pihak industri menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik.
- “Sudah enam dekad negara merdeka, masih ada yang merangkak-rangkak dalam soal Bahasa Kebangsaan. Itu masalah kamu, jangan bebankan negara.
- “Syarikat sudah mengaut untung ratusan malah jutaan ringgit. Tidak bolehkah peruntukan sedikit wang untuk mengambil seorang atau dua guru bagi mengajar pekerja atau eksekutif syarikat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik,” katanya dipetik Malaysia Gazette ketika berucap di Majlis Anugerah Buku Negara dan Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, di Tanjong Malim, pada Khamis.
- Anwar berkata, saranan itu tidak bermakna rakyat di negara ini diminta untuk tidak menguasai bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan secara baik terutamanya ketika berurusan dengan pihak kerajaan.
Beliau mahukan semua rakyat di negara ini termasuk pihak industri menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik.
Katanya, kerajaan tidak seharusnya dibebankan sekiranya terdapat dalam kalangan rakyat yang masih gagal menguasainya dengan baik.
“Sudah enam dekad negara merdeka, masih ada yang merangkak-rangkak dalam soal Bahasa Kebangsaan. Itu masalah kamu, jangan bebankan negara.
“Syarikat sudah mengaut untung ratusan malah jutaan ringgit. Tidak bolehkah peruntukan sedikit wang untuk mengambil seorang atau dua guru bagi mengajar pekerja atau eksekutif syarikat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik,” katanya dipetik Malaysia Gazette ketika berucap di Majlis Anugerah Buku Negara dan Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, di Tanjong Malim, pada Khamis.
Anwar berkata, saranan itu tidak bermakna rakyat di negara ini diminta untuk tidak menguasai bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan.
Beliau menjelaskan penting untuk mana-mana pihak menguasai pelbagai bahasa sebagai usaha mencapai kejayaan, namun ditekankan untuk tidak melupakan bahasa rasmi Negara.
Pada Oktober lalu, Anwar dilaporkan mengingatkan jabatan kerajaan untuk tidak melayan atau memulangkan sahaja mana-mana surat yang menggunakan selain bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan tindakan seorang pegawai Imigresen yang mempersoalkan seorang individu didapati tidak fasih berbahasa Melayu semasa mahu memperbaharui pasportnya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Johor.
Saifuddin berkata, tindakan diambil pegawai berkenaan disebabkan kemungkinan wujud syak wasangka terhadap status kewarganegaraan individu berkenaan.
“Kewajipan seseorang warga untuk kuasai BM itu, tak boleh kompromi, kalau insiden itu berlaku dan sebab itulah perlu faham BM supaya tidak timbul syak wasangka,” katanya. — The Merdeka Times
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/tmt-new-logo-black.png)