Antarabangsa
Tentera rejim zionis Israel ‘berjaya’ banjiri terowong Gaza, lapor Media Israel
The Times of Israel melaporkan percubaan tentera rejim pengganas Israel untuk membanjiri terowong seperti dilaporkan media asing kebelakangan ini terbukti ‘berjaya’.

- The Times of Israel melaporkan percubaan tentera rejim pengganas Israel untuk membanjiri terowong seperti dilaporkan media asing kebelakangan ini terbukti ‘berjaya’.
- Perkara itu diumum meskipun butiran khusus mengenai apa yang dimaksudkan dengan keberjayaan operasi itu tidak diperjelaskan.
- Perancangan zionis Israel untuk membanjiri terowong-terowong di Gaza menggunakan air laut mendapat reaksi beberapa pihak sebelum ini yang mempersoalkan keberkesanan kaedah itu untuk menghancurkan laluan terowong itu.
The Times of Israel melaporkan percubaan tentera rejim pengganas Israel untuk membanjiri terowong seperti dilaporkan media asing kebelakangan ini terbukti ‘berjaya’.
Perkara itu diumum meskipun butiran khusus mengenai apa yang dimaksudkan dengan keberjayaan operasi itu tidak diperjelaskan.
Perancangan zionis Israel untuk membanjiri terowong-terowong di Gaza menggunakan air laut mendapat reaksi beberapa pihak sebelum ini mempersoalkan keberkesanan kaedah itu untuk menghancurkan laluan-laluan tersebut.
Ramai turut menyatakan kebimbangan kerana prihatin terhadap tebusan-tebusan warga Israel yang berkemungkinan untuk berada di dalam terowong yang dikatakan pegawai Amerika Syarikat (AS), sejauh 300 batu itu.
Terdahulu, Presiden AS, Joe Biden tidak dapat mengesahkan status keselamatan tawanan zionis, seandainya tentera pengganas Israel mula mengepam air laut ke dalam terowong yang didakwa digunakan pejuang Hamas di wilayah konflik itu.
Sumber: The Times of Israel
