Connect with us

Terkini

Solidariti Palestin: Tiada program hiburan tahun baharu di Perlis

Perlis tidak akan mengadakan sebarang program hiburan termasuk nyanyian dan tarian ketika sambutan ambang tahun baharu di negeri itu sebagai solidariti berterusan terhadap rakyat Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Solidariti Palestin: Tiada program hiburan tahun baharu di Perlis
Foto: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli (kiri).
  • Perlis tidak akan mengadakan sebarang program hiburan termasuk nyanyian dan tarian ketika sambutan ambang tahun baharu di negeri itu sebagai solidariti berterusan terhadap rakyat Palestin. 
  • Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata pihaknya mengharapkan sokongan rakyat negara ini, khususnya di Perlis tidak berhenti setakat ini sahaja.
  • “Ketika mana kita masih menganjurkan pelbagai program hiburan yang terus melalaikan, saudara kita masih ditembak mati dan syahid di sana,” katanya dipetik Harian Metro semasa menyampaikan usul rakyat Perlis-Untukmu Palestin dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini.

KUALA LUMPUR — Perlis tidak akan mengadakan sebarang program hiburan termasuk nyanyian dan tarian ketika sambutan ambang tahun baharu di negeri itu sebagai solidariti berterusan terhadap rakyat Palestin. 

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata pihaknya mengharapkan sokongan rakyat negara ini, khususnya di Perlis tidak berhenti setakat ini sahaja.

“Ketika mana kita masih menganjurkan pelbagai program hiburan yang terus melalaikan, saudara kita masih ditembak mati dan syahid di sana.

“Setelah melihat semua keadaan yang menyedihkan ini berlaku dan Malaysia pula turut mula memandang sepi terhadap isu Palestin ini.

“Jadi, saya mencadangkan tiada sebarang program hiburan berbentuk nyanyian dan tarian melalaikan sewaktu ambang tahun baharu ini di negeri Perlis,” katanya dipetik Harian Metro semasa menyampaikan usul rakyat Perlis-Untukmu Palestin dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini.

DUN Perlis sebulat suara meluluskan usul dibawakan Menteri Besar itu. 

Mohd Shukri berkata kekejaman rejim zionis di Gaza berlanjutan hingga ke hari ini menyebabkan pembunuhan besar-besaran tanpa belas dan ihsan, terutama terhadap kelompok tidak berupaya, wanita, warga emas dan kanak-kanak menjadi mangsa.

“Yang Berhormat Tuan Speaker, Dewan yang mulia pada hari ini juga dimohon untuk turut menolak idea penyelesaian dua negara (two state solution) yang tidak mampu menyelesaikan masalah yang berlanjutan ini. 

“Malah kita langsung tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah,” katanya.

Beliau berkata kekejaman zionis Israel terhadap rakyat Palestin layak dilabel sebagai rejim yang melakukan penjenayahan dunia dan sepatutnya dikeluarkan dari bumi Palestin. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Lebih 2,000 terbunuh di Lubnan akibat serangan Israel

Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
  • Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
  • “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
  • “990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.

Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.

“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).

“990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.

“Jawatankuasa kecemasan kementerian akan bertanggungjawab menerima bantuan antarabangsa dan mengagihkannya kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh wilayah, melalui mekanisme yang jelas dan telus,” kata menteri itu.

Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan terhadap apa yang didakwa rejim zionis itu sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September lalu, membunuh lebih 1,250 orang dan mencederakan 3,618 yang lain.

Kempen serangan udara itu adalah peningkatan dalam peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan tindakan genosid Tel Aviv di Gaza yang telah membunuh hampir 42,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas Hamas ke atas Israel tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending